Alhamdulillah.... dengan izinnya jua selesailah sudah majlis kurban Tok Ayah @ Rossli yang telah diadakan pada 16/10/2013 iaitu pada hari kedua raya haji.... pada mula agak mengusarkan juga dimana hujan tidak berhenti dari malamnya sehingga subuh... alhamdulillah jam 7 pagi matahari terus menunjukan wajahnya......
Friday, October 18, 2013
KURBAN TOK AYAH @ ROSSLI 2013
Sunday, October 6, 2013
KL IPOH KL
Minggu lepas berpeluang mencuba keretapi letrik ETS (Electric Train Service) Kl ke Ipoh...track yang dah siap baru sampai Ipoh...nanti siap sepenuhnya sampai Kedah...
Al maklumlah dah lama tak naik keretapi kat Malaysia ni.....kita apa kurangnya dengan negara luar....
Kami keluar dari rumah sekitar jam 7.45 pagi...minum pagi kat gerai2 komuniti berhampiran station lrt bandar tun razak...selesai sarapan terus naik lrt...waktu puncak..sardin pun boleh bernafas lagi...rasa macam kat tokyo hari tu..cuma tak ada orang tolong tolak bagi sendat lagi..
Sampai masjid jamek tukar laluan lrt ke kl sentral...
Kl Sentral ni...ada 5 laluan keretapi melaluinya....1. Klia Transit/Express 2.KL Monorail 3.Komuter Rawang/Seremban/P Klang 4. LRT laluan Kelana Jaya 5.ETS/Train Antarabandar.
Wednesday, September 18, 2013
'KHUF' @ MENYAPU KHUF
Bagi kita atau mereka yang tinggal dikawasan yang tiada musim sejuk atau salji... kewajipan berwuduk mungkin tidak membebankan.....
Kita jarang mengamalkan... malah ramai yang tidak tahu keharusan menyapu diatas 'khuf' sebagai ganti membasuh kaki dalam berwuduk.....
Keempat2 imam mazhab yang utama menerima menyapu khuf sebagai 'rukhsah' (keringanan) yang allah SWT berikan kepada kita dalam semua keadaan...sama ada pada musim sejuk atau panas, ketika musafir atau bermukim, ketika sihat atau tidak....
Menyapu khuf adalah kemudahan yang diberikan terutamanya dalam musim sejuk, dalam perjalanan, pekerja2 beruniform seperti polis/askar dan sebagainya.....
SYARAT2 DIBENARKAN MENYAPU KHUF
1. Kedua2 khuf dipakai selepas sesaorang itu berwuduk dengan sempurna. (Sunnah rasulallah sentiasa dalam keadaan berwuduk)
2. Hendaklah kedua2 khuf itu menutupi seluruh bahagian kaki yang wajib dibasuh dalam berwuduk. Iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.
3. Kedua2 khuf itu hendaklah kalis air kecuali pada bahagian jahitan.
4. Khuf tersebut hendaklah tahan lasak hingga membolehkan ia dipakai sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang musafir.
5. Bahan yang digunakan untuk membuat khuf ini hendaklah suci , kulit haiwan yang telah di samak.
6. Khuf yang dipakai hendaklah suci daripada najis.
Sunday, September 8, 2013
QURBAN LEMBU TOK AYAH @ ROSSLI
Bila masuk Zulkaedah.... teringat kita musim haji telah tiba.... Jemaah malaysia dah mula berangkat ke Mekah/Madinah.... Insyaallah tahun ini atas permintaan akan di laksanakan qurban di Kg Piew , Alor Setar. Kedah, di namakan ' qurban tok ayah @ rossli'.
Tidak seperti qurban tok asma menjadi kewajipan pada keluarga tok asma setiap 2 tahun... qurban kali ini adalah yang pertama bagi mengisi qurban antara 2 tahun sekali qurban tok asma....
Insyaallah qurban tahun ini 1434 # 2013 akan diadakan pada hari raya kedua (16/10/13), raya haji di jangka pada (15/10/13) Insyaallah seekor lembu akan di qurbankan...rasanya 1 ekor lembu dah penuh 7 orang...tapi buat saudara yang masih berminat sila hubungi cik ida @ alor setar.
Thursday, September 5, 2013
DOA YANG TAK DIDENDANGKAN
Ada ketika... kita lupa untuk mendoakan kepada sesaorang...terutama pada orang yang pernah kita panggil 'mak' dan 'ayah'...ia itu mertua kita.......
Kebiasaanya kita sentiasa berdoa pada mak dan ayah kita...terutama selepas solat...itupun bagi yang solat....bagi yang tidak..agak2 bila kali terakhir kita doakan buat kedua ibubapa kita.....
Tapi bagaimana pada mertua kita.....guru saya pernah berpesan kalau berdoa kepada kedua ibubapa mertua adalah lebih 'afdal' kita menyebut nama penuh mereka....moga2 doa kita dimakbulkan allah..amiinnn


