Friday, January 31, 2014

DAH DAFTAR HAJI?.... ATAU BELUM!

Alhamdulillah... bonus yang tinggi tahun ni... moga mereka yang dalam senarai menunggu senyum lebar... bertambah simpanan... pada anak2...sedara2...kekawan...yang mana belum daftar..daftarlah segera.. tambahan kakitangan awam... gunalah kemudahan yg kerajaan berikan untuk mendaftar haji dengan menggunakan duit di KWSP..
Sebagai sorang yang mengaku Islam.. marilah kita menanam niat untuk mencukupkan rukun Islam yg ke 5 tu.. Mengerjakan haji bagi yang mampu...Apakah usaha kita untuk menjadikan kita antara yang mampu... maaf cakap.. kita ada 2/3 kereta.. tukar kereta selalu..itu belum masuk ubah suai kereta.. rumah.. melancong setahun 2/3 kali... tapi bila bab nak pi haji.. belum sampai masanya.. sampai nak daftarpun belum.. tapi kita mengaku Islam.. 
Kalau simpanan tabung haji dah cukup...Nak buat apapun tak apalah.. itu duit kita.. rezeki allah bagi.. kemudian tunggu giliran..

Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru ibni Muslim al-Bahiliu satu hadith, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith daripada Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘[Maksud: Barangsiapa diberi kesempatan dengan bekalan (bagi tanggungannya yg ditinggalkan dan baginya semasa di Mekah) dan kenderaan (mampu membeli tiket penerbangan ke Mekah) untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya hujjah (atau alasan) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani.

Surah Aal-e-Imran, Verse 97:َ
(...sebahagian......)
..................Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Thursday, January 23, 2014

MOHON VISA KE OMAN

Al salam... sepatutnya..post ni yg keluar dulu..
Sebelum ini tak banyak blog2 yang bercerita bagaimana nak ke Oman.. terutama dari malaysia.. ada 2/3 blog yang bercerita bila dah berada di Oman.. dan ada yang bercerita bila singgah di Oman..
Ini kali pertama bermusafir bersaorangan... nabi pernah berpesan.. kalau bermusafir sebaiknya biarlah bertiga.. kalau kita melancong ikut agensi semuanya tak perlu difikirkan.. tapi kuranglah sedikit pengalaman.. kalau kita urus semua kita rasa nikmat nya melancong.. bermusafir..

Sebelum bertolak.. beberapa perkara utama perlu ada.. selain duit.. dimana nak tinggal.. naik flight mana.. kena visa.. atau tidak...
Ke Oman.. hotel boleh tahan harga dia.. banyak flight ke Muscat Oman.. kalau direct dari KL.. cuma Oman Air yang ada.. kalau transit banyak...(insyaallah satu hari nak naik transit flight)
Ini rupa visa masuk ke Oman.. boleh mohon 10 hari. 1 bulan atau 3 bulan..tapi kena bayarlah.. 1 bulan rm 200.. summit hari ni.. Iinsyaallah besok siap..
Berurusan di kaunter ni saja bila nak mohon visa ke Oman.. kita boleh juga memohon visa ketika sampai di Airport Muscat. Oman.. Alamatnya di malaysia..kalau dalam blog2 lama dinyatakan di jalan langgak golf off jalan tun razak.. tapi sebenar nya dialamat.. No. 17, Jalan Kedondong Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dah ada visa bolehlah beli tiket flight.. Online..banyak flight ke Oman.. direct maupun transit.. boleh juga beli tiket dulu tapi takut ada masaalah visa.. terima kasih pada en Rosli Amsar.. kerana menemukan Mawar Travel.. buat tempahan awal..tq....boleh lah berkemas untuk berangkat... moga catatan ini sedikit sebanyak dapat memberi info..
Insyaallaah dah boleh mengemas untuk berangkat..

Wednesday, January 22, 2014

SEMINGGU SUDAH DI OMAN...

Al salam.. alhamdulillah.. pejam celik dah seminggu di sini.. dalam fasa 1 ni cadang 1 bulan di Oman...
Datang hari tu naik Oman Air... terimakasih mawar travel@ kawan rosli.. kerana sudi menolong.. makan dalam flight biasa aja.. sedap lagi dalam mas..
Penerbangan ikut jadual.. sampai di lapangan terbang muscat, oman jam 11.00 pagi tempatan... waktu nya 4 jam lewat dari malaysia..airportnya biasa saja.. besar lagi lcct rasanya.. tapi airport baru dalam pembinaan disebelahnya.. tahun ni siap agaknya.
Tempat kediaman yang disediakan adalah apartment 6 tingkat..20 unit.. 1 floor ada 2 lift.. 4 unit.. setiap unit 2 bilik & 3 bath.. (Ibarat Kajang ke KL itulah jarak kediaman ni@Al Hail South ke Muscat) tingkat bawah adalah kedai kebiasaannya semua unit apartment begitu... ada dalam berbelas unit dan ada dalam pembinaan... sekelilingnya adalah rumah bunglow pak arab oman.. ada 2 buah masjid berhampiran rumah ni..tapi satu saja masjid yg ada solat jumaat.. istimewanya disini.. semuanya dipanggil masjid..

Ini lah apartment yang disediakan.. rumah tumpangan kami.. tingkat 3.. sebelah kanan.
Suasana dalam rumah tumpangan kami tu..
Ni bangunan di sebelah utara kediaman kami..
Ni pandangan sebelah timor pula.. petang2 budak2 main bola.. jauh di belakang adalah sebahagian kawasan banglow2 pak2 arab Oman.
Ni pula sebelah barat.. jarak dalam 200 meter.. adalah masjid yg juga dikelilingi banglow2 orang oman..

Cuaca disini musim sejuk.. katanya sampai bulan 4/5.. sejuk tak sampai ada saljilah.. sekitar 16° hingga 22°.. macam kat cameron highland lepas hujan.. kalau dalam rumah macam aicont 24 full blust.. oklah jumpa lagi.. 

Monday, December 2, 2013

MAAF.....SELAMAT BERCUTI & BERSARA

Apakah dengan perkataan .... 'saya mohon maaf....' boleh menghapuskan kesalahan yang telah kita lakukan. .....Teringat kata2 pujangga.... jika setiap kesalahan boleh dihapuskan dengan maaf....rasanya tak perlu allah adakan neraka...

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

'Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'
( Surah An nisa: ayat 106)

........dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)....
(sebahagian Surah muhammad : ayat 19 )

Sebagai manusia yang tak sunyi daripada kesalahan ampun maaf dari dari saya pada semua..

Thursday, November 28, 2013

ISHAK MD NOOR....DALAM KENANGAN


Wahai Allah, ampunilah Ishak Md Noor naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya......

Ishak Md Noor....adalah abang sulung dari satu Mak @ Asma Shariff..... diceritakan..bapanya dan bapa saya dari kg yang sama...juga kawan karib...dari minangkabau indonisia...walaupun begitu tiada apa beza antara kami sekeluarga....aruah bapa saya berkhahwin ketika umurnya 5 tahun....ketika aruah bapa meninggal pada 1972..beliaulah antara yg banyak membantu malah menjadi ketua keluarga....
Bagi yang mengenalinya...pasti teringat2 akan kerahmahanya..percakapanya dalam senyuman...  marah dalam gurauanya..kesukaanya menghubungkan tali kekeluargaan...bagitau saja dimana pasti dia mencari susunan adik beradiknya...saudara2nya..sepupu2nya..satu perkara menjadi ingatan dan belum ada sapa2 yg dapat menandinginya....bila hari raya satu hari satu malam dia berjalan ziarah kerumah saudara2...
Sesungguhnya dari allah kita datang... padanya jua kita kembali....tanggal 25/11/13 ishak bin asma dijemput ilahi..dan .selamat dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Pangkal Kuang @ Ketereh Kelantan... maka kuranglah saorang jemaah masjid ketereh...
Majlis bacaan yaasin dan tahlil pada malamnya
Moga rohnya ditempatkan di jannah bersama orang2 yang beriman.....

Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat  (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)