MUSCAT TO ABU DHABI @ PART 1
As salam.. alhamdulillah.. dengan izinnya jua diberi kesempatan untuk berziarah.. sambil melihat kejadian alam ini... kali ini kami diberi peluang untuk menjejak kaki ke bumi.. Abu Dhabi, UAE. sebelum itu pada Jun tempoh hari kami ke Dubai... dua bandar yang berbeza tapi dalam negara yang sama... Abu Dhabi adalah ibu negara bagi..Emiriah Arab Bersatu. Abu dhabi juga bermaksud.. "Father of Deer"..
Ada beberapa tempat yang agak menarik yang kami rancang untuk melawatinya...
moga perancangan berjalan dengan lancar.. insyaallah....
Abu Dhabi ni kami gambarkan terbahagi pada 2..
@ 1 adalah pusat bandarnya...
@ 2 adalah pulau buatan manusia.. Yas Island.
Kami telah menempah hotel di Yas Island jadi kami gambarkan nya dulu..
Dah siap dalam Flight....
Daftar masuk melalui Oman Air agak mudah...
biasanya kami memilih waktu kerja untuk jalan2....
ini bagi memudahkan... kerana tak ramai orang..
harap begitulah..
Bila dah sampai.. keluar dari Flight ...
telah disambut oleh 2 buah kereta ini...
mentang2lah Abu Dhabi ni antara bandar terkaya di dunia...
Dah sampai tengah2 ruang legar lapangan terbang.. agak sempit juga...
airport baru tengah buat.. katanya 2017 insyaallah akan dibuka...
Pinjam kat google sat.. gambaran Yas Island.. keseluruhannya..
dekat dengan airport tambang teksi biasa (bukan limo airport)...
sekitar 20 dirham.. kalau dari Viceroy....
@ Yas Island...(جزيرة ياس) adalah pulau buatan manusia.. pemaju utama adalah Aldar Properties.... dia macam bandar baru.. tujuan utama adalah untuk tarikan pelancongan.. ada Ferrari World.. Yas Waterworld.. Yas Marina Circuit (F1).. Yas Links (Padang Golf).. Yas Beach.. Yas Viceroy Abu Dhabi.. Yas Plaza Hotels (ada 6 Hotel)..Yas Express..(macam hop on..hop off.. free dari pagi samapai lewat dinihari..jam 3 pagi..) IKEA.. ACE Hardware..
semuanya Yas.. tengah giat dalam pembinaan Yas Mall....
Bergambar depan Yas Viceroy.. ni musim panas boleh lah merasa...
kalau tidak... rasa2... pikir2.. banyak2... kali....
( Yas Viceroy Abu Dhabi is a five star hotel located on the Yas Marina..
Suasana Viceroy.....
pinjam gambar google..
Ferrari World..
(one of the park's most famous attractions,
is the world’s fastest rollercoaster reaching a speed of 240 km)
Depan pintu masuk..@ Ferrari World..
Senarai games yang ada....
Ruang Legar....
Tumpang.. tuan dia tak ada....
gambar dari google
Yas Waterworld....
(Yas Waterworld Surf’s up! Bubbles' Barrel slide..
has the largest surf-able sheet wave surf in the world)
Pintu masuk utama... biasalah semua kena bayar..
yang bagusnya.. dia ada hari untuk keluarga saja...
dam ada hari untuk wanita saja... hahaaaa
Kalau masuk sini mau tak jadi jalan kemana2....
(The full circuit length is 5.554 km)
pinjam gambar google....
Track F1 berlatarkan @Yas Marina...
Track F1 melalui di bawah hotel Viceroy.. disebelah kiri
Laluan dalam hotelpun di buat track F1..
Yang bagusnya track ni..
kalau hari minggu dibuka pada peminat2 F1....
untuk merasa kelajuan di track..
setiap hari selasa dan khamis..
jam 5 petang hingga malam dibuka untuk orang ramai..
berbasikal atau berjogging
Yas Links (Padang Golf)..
Pandangan yang cukup cantik.....
Ronda2 Pro Shop.... biasalah ada buah tangan...
Maaf la kekawan.. sejak 2007 dah gantung Golf Set...
Handicap terakhir @18...
Yas Beach..
(Yas Beach is a fully licensed private Beach Club
dedicated to serving the guests..
of the several hotels located on Yas Island.
..also open to the general public, subject to an admission fee)
Pinjam gambar google...
Kami tak masuk.. kalau masuk hahaa.. jadi lain pula...
almaklumlah tepi pantai.... kalau nak tengok google lah sendiri...
masuk free untuk pelangan hotel...
Ni.. Yas Express.. kita boleh naik bas ni free @ pelangan hotel sajalah...
macam Hop On Hop Off
boleh pi kesemua distinasi yang berada dalam Yas Island..
ada 2 laluan juga.. merah dan biru.. setiap pusingan ambil masa 1/2 jam...
bermula seawal 09.00 pagi... sampai 03.00 pagi keesokannya.
Yas Plaza Hotels....
ada 6 hotel dalam sekelumpuknya.. antara 3 dan 4 star
Yas Plaza Hotels di antaranya...
ada juga IKEA... kami pi makan tengahhari di sini...
kali pertama tengok macam ni.... jakun sat...
Jemput makan...@ Ikea
ACE Hardware..
pun ada... kami tak masuklah.. dah tak sempat dah...
rasa tak ada apa2 nak beli kat situ... kena ingat tujuan asal.. cuma jalan2
ACE Hardware @ Yas Island
Du Arena @ Yas Island..
Live concerts and performances venue...
dikatakan Madona antara pernah buat concert di sini...
Dalam pembinaan dalam Yas Island.. adalah @Yas Mall..
rasa2nya awal tahun depan buka...
Alhamdulillah... Itulah sebahagian yang ada dalam Yas Island...
itulah sebahagian pengalaman kami semasa di Yas Island Abu Dhabi....
kita sambung Part 2... insyaallah..
No comments:
Post a Comment