Wednesday, August 6, 2014

TERUJA.. SYAWAL DI OMAN...

1 SYAWAL DI OMAN...
 
Assalam.. dengan izin allah jua diberi peluang beraya di perantauan.. negara islam... di satu daerah @ Al Hail.. Muscat.. Oman. seperti sedia maklum dah diceritakan sebelum ini.. kebanyakkan orang disini bermazhab @ 'Mazhab Ibadhi' itulah yang membuat keterujaan untuk melihat dan merasa suasana menyambut 1 syawal disini...
 
 Dikatakan kakitangan kerajaan di sini dapat cuti 1 minggu 3 hari sebelum dan selepasnya.. itu tak termasuk cuti mingguan.. jumaat dan sabtu.. hahaa termasuk hari membeli belah.. 
 
Biasalah agaknya dimana2 bila dah hujung2 ramadhan masjid mula berkurangan jemaahnya.. tapi tidak di masjidil haram dan masjid nabi diMadinah.. 10 terakhir tu.. masyaallah bertambah ramai orang...  
 
Sekitar kawasan didiami adalah kawasan taman perumahan.. jadi banyak orang tempatan balik kampong mereka.. tinggallah sebahagian yg tak balik kampong dan kami2 pendatang2.. hahaa.. (tapi kami pendatang halal.. ada permit)..
 
Puasa tahun ini(2014) di Oman dan jajahannya adalah 30 hari.. Perbezaan pertama disini adalah nak bayar zakat fitrah.. kalau kat malaysia mana2 tempat ada amil2 yang kutipkan.. disini lain.. walaupun ditetapkan jumlah zakat fitrah.. kita boleh bagi terus kepada fakir mikin... teringat sekitar tahun 70an dan awal 80an.. kalau dekat2 nak raya atau pagi2 raya penuh fakir miskin di sepanjang tembok masjid zahir @ alor setar.. dengan segantang beras bagi mengutip zakat fitrah...
 hahaa.. mana aku nak cari fakir miskin.. berdoa ajalah moga dipertemukan.. kalau tidak kena cari mr. mohd rafiq (penyelia bangunan kami).. minta uruskan... sebelum tu kami dah buat plan 'B' ...alhamdulillah dimalam terakhir ditemukan juga dengan sorang hamba allah.. terasa akan genggaman nya bila diakad duit fitrah bagi kami berdua.. subhanallah.
 
Disini lepas makhrib terakhir ramadhan tak ada takbir raya.. kalau ditempat kita merata2 berkumandang suara takbir... mendayu2.. tapi tiada di Oman.. besok masa subuh pun tak ada takbir.. tapi bila masuk waktu terbit matahari baru terdengar 'Takbir Raya' penuh bersemangat.. siap ada laungan takbir!!! di akhir nya.
 
Sekitar kediaman kami dalam radius 300m ada 5 buah masjid.. 1. @hassan al basyawi.. 2. @abi alhasan 3. @  al taqwa (solat jumaat disini) 4. @al hidayah (solat waktu disini) 5. @Abu Hamza (solat aidilfitri disini, tak semua masjid buat solat aidilfitri).. nanti bila kelapangan saya ceritakan bentuk masjid.. ruang dan fungsi dalam masjid... insyaallah 
 
Tengah dok takbir raya... bersemangat..
 
Bertakbir sementara tunggu solat sunat aidilfitri... jam 6.20 pagi

kami tumpang nak 'selfi'..


 
Dah selesai solat... kelainannya.. beratur sambil bersalaman..
hahaa aku sorang ja orang asing.. aku kagum jadi orang malaysia.. @ melayu islam..
mungkin satu2nya di daerah ini..
(lihat budak tu.. berpakaian lengkap orang oman.. dengan 'khanjar' dipinggang.. bagi kaum bapa2 pula... lihat... depa bawa tongkat mai masjid.. @ macam ustad don bawa tu....)

Para jemaah diluar..
kebanyakan warga asing berpelukan dan bersalaman diluar masjid..


Orang2 oman bila jumpa kekawan atau sedara2.. yang dah lama tak jumpa.. depa tak berpelukan dan cium pipi kiri kanan.. dan kiri.. sebaliknya depa lagakan hujung muncung hidung.. sambil tangan bersalaman.. mungkin depa lawan tengok hidung sapa lebih mancung... hahaa maaf....
 
 
 
sebahagian saja rakaman takbir raya...
Kelainan.. takbir raya kita dimalaysia dengan di Oman..
bersemangat.. ada teriakan takbir!!!! diakhirnya..
 
Alhamdulillah.. dengan izinnya diberi kelapangan dan kekuatan pada kami untuk menghabiskan puasa sunat 6 hari dalam syawal.. ini kalilah tepat pada waktunya.. kalau dimalaysia agak susah.. bila bertembung dengan jemputan wajib dan sunat dan yang mana lebih afdalnya... alhamdulillah.
 
 

No comments: