Wednesday, August 27, 2014

MUSCAT TO ABU DHABI @ PART 2

MUSCAT TO ABU DHABI @ PART 2
 
 

@ Sheikh Zayed Grand Mosque...
 
As salam.. alhamdulillah.. dengan izinnya jua diberi kesempatan untuk berziarah.. sambil melihat kejadian alam ini... kelebihan Pasport Malaysia..
Free Visa 1 Bulan bila masuk U.A.E. ni....
.....kita sambung dari part 1...
bahagian ni kami ceritakan pengembaraan kami di sekitar pusat bandar Abu Dhabi...
rasanya tak cukup untuk menjelajah pusat bandar ni dalam tempoh 2 hari.. tak ada lrt disini macam di dubai.. jadi nak bergerak ke mana2 kena guna teksi....
 
 
 
Kenderaan utama kami... tetap Big Bus Tours...
tunggu depan hotel saja... kali ni kami ambil tiket untuk 2 hari...
jadi tak payah nak sewa kereta atau naik teksi...
dari Yas Island ke Pusat bandar... kalau naik kenderaan awam @bus ..makan masa lama.. kalau naik teksi dari Yas Island ke Pusat Bandar sekitar 65 Dirham...
sekitar 30 minit perjalanan... kalau kita drive sendiri lagi cepat... naik bas biasalah sikit lambat... tapi banyak pemandangan yang boleh kita tengok.... Bus ni dia pusing2 juga Yas Island.. setiap 3 jam akan balik ke setiap tempat yang di singgahnya.. rujuk peta..

pinjam peta @google..

Kalau dari Yas Island kena transit kat @Manarat Al Saadiyat..
kawasan ni tengah pesat pembinaannya kalau siap sepenuhnya.. lagi sakanlah..
Bus ni pusing2 bandar Abu Dhabi setiap 1 jam... ada 9 perhentian..
ada beberapa tempat yang cantik.. almaklumlah ditepi laut...
yang lain2 cuma komplek membeli belah.....

Padang golf kat @Saadiyat Beach Golf Club..


Pinjam gambar2 Google...
Oleh kerana kami bermula dari..@Manarat Al Saadiyat...
hentian berikut adalah..@ Abu Dhabi Corniche.. 
kami tak turun.. panas weh....
kalau turun alamat jadual kami tak cukup masa...
insyaallah lain kalilah...

..@ Abu Dhabi Corniche.. 


Hentian berikutnya....
 WTC SOUK @ World Trade Center Abu Dhabi....
pandangan dari luar... jalan ni membahagikan antara baru dan lama..
kiri pasar traditional.. dan kanan pasar moden...



Ni Pandangan sebelah dalam... @kiri 
kedai2 yang menjual barang traditional dan barang2 antiq..


Ni Pandangan sebelah dalam... @kiri 





 Ni Pandangan sebelah dalam... @kanan..


 Ni Pandangan sebelah dalam... @kanan.. kedai2 moden..
cakap je.. apa tak ada...


 


 hentian seterusnya...@Public Beach..
public beach ni kena bayar nak masuk.... jadi cukup bersih...



hentian seterusnya... @Heritage Village






@Abu Dhabi Theatre.. & Tallest Flagpole..


Mercutanda @ Marina Mall
 

 @ Marina Mall...

 
Pemandangan dari atas menara @Marina Mall..

 



 Ada 2 Restoran atas Menara Marina Mall ni...


Di kejauhan adalah dikatakan hotel termahal di Abu Dhabi...nak masuk tak boleh melainkan penghuninya saja...
@Emirates Palace Hotel

Ni baru pintu masuknya saja....



 @Etihad Towers...
hentian seterusnya... kami tumpang lalu ja..
 
dalam perjalanan.. bangunan ni menjadi tarikan.. tegeliat.. 

 

Abu Dhabi National Exhibitions Centre (ADNEC)
 
 
Hentian seterusnya... juga tujuan utama hari ke 2 ni....
@Sheikh Zayed Grand Mosque...
 (جامع الشيخ زايد الكبير‎ )
The mosque is large enough to accommodate over 40,000 worshipers
The main prayer hall can accommodate over 7,000 worshipers.
The carpet in the main prayer hall is considered to be the world's largest carpet made by Iran's Carpet Company and designed by Iranian artist Ali Khaliqi
 

Ruang wuduk yang cukup bersih....
lupa nak pi tengok toilet dia....
 


Laluan ke ruang solat lelaki....
 Pintu masuk utama ke Masjid....

 Ruang solat diluar waktu.... di sebelah kiri untuk lelaki..
dan kanan untuk wanita... 


 Pintu masuk utama .... ke Ruang Solat
 
The Sheikh Zayed Grand Mosque has seven imported chandeliers from the company Faustig in Munich Germany that incorporate millions of Swarovski crystals.
 

 

 Setelah selesai solat.... tumpang... buat kenangan....

Maka tamatlah perjalanan kami kali ini ke Abu Dhabi...
rasanya 4 hari tak cukup untuk merayap2 kat Abu Dhabi ni....


Kami daftar keluar jam 4 petang... oleh kerana flight malam...
kami dibenarkan menggunakan ruang istirehat sehingga waktu berlepas balik...
siap dapat bunga lagi... tanda minta maaf pada kami..
kerana kena pindah bilik sebab bilik air tinggkat atas bocor....
jadi kami merasalah 2 bilik di Yas Viceroy Abu Dhabi.. Insyaallah jumpa lagi kita
 

 

 

 

 

 

 

 
 

No comments: