Monday, June 25, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 6). IKTIDAL

MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.

Kemudian bangun dari Rukuknya mengangkat kepalanya, Paling minima adalah mengembalikan tulang punggungnya sebagaimana semula sebelum rukuk.

RUKUN 6: IKTIDAL SELEPAS RUKUK

Iktidal adalah perbuatan berdiri yang memisahkan diantara Rukuk dan Sujud.

Riwayat dari Aisyah r.ha. Maksudnya:” Apabila Baginda mengangkat kepalanya daripada rukuk, Baginda tidak akan sujud sehinggalah Baginda berdiri tegak.”

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “ Tidak ada solat (yakni tidak sah) bagi orang yang tidak tegak tulang rusuknya didalam rukuk dan juga sujud” Hadith sahih. Sunan Ibnu Majah

Syarat2 Iktidal.
1.  Tiada niat lain ketika mengangkat kepala daripada rukuk melaikan untuk iktidal.
2.  Hendaklah berada dalam tamakninah (berhenti sekejap) sekurang2nya sekadar
     mengucapkan sekali tasbih.
3.  Tidak berdiri terlalu lama ketika Iktidal sehingga menyamai atau lebih lama daripada
     membaca al-Fatihah. Ini keranaia adalah rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan.

A) Mengucapkan takbir ketika berpindah dari rukun ke rukun yang lain adalah sunat hai’at
     Sunat mengucap takbir sebagaimana takbiratulihram setiap kali berpindah dari satu rukun ke
     rukun yang lain.
     Kecuali ketika bangun daripada rukuk, kerana ketika itu disunatkan membaca :
                                         سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه


     Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a: ” Apabila Rasulullah SAW
     mendirikan solat, dia bertakbir ketika berdiri, bertakbir ketika rukuk kemudian Baginda berkata:
     ’Samiallahu liman hamudah’. Ketika hendak membetulkan belakangnya daripada rukuk
     (iktidal)  kemudian menyambung dalam keadaan berdiri: ’Rabbana lakal hamd’.”
      رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

B) Mengangkat kedua dua tangan ketika rukuk dan bangun daripadanya adalah sunat hai’at
    
     Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. Maksudnya: ” Saya melihat Nabi SAW
     memulakan solatnya dengar takbir lalu mengangkat kedua2 tangannya ketika bertakbir
     sehingga kedua2nya setentang dengan bahunya. Dan apabila bertakbir untuk rukuk Baginda
     melakukan perkara yang sama. Apabila menyebut ’sami’allahu liman hamidah’,Baginda
     melakukan perkara yang sama juga,dan berkata ’robbana lakal-hamdu’. Baginda tidak
     melakukannya ketika sujud dan ketika mengangkat kepala daripada sujud.”







KEDUDUKAN IKTIDAL YANG SEMPURNA




Friday, June 22, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 5). RUKUK

Satelah selesai membaca satu surah dalam al-Quran, maka berhenti sebentar, sekadar untuk mengambil nafas. Kemudian mengangkat tangan seperti bentuk sebelumnya pada takbiratulihram.dan kemudian RUKUK.

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

RUKUN 5: RUKUK

RUKUK dari sudut syarak ialah perbuatan orang yang bersolat menundukkan badannya sekurang2nya sehingga tangannya dapat menyentuh lutut. Tetapi yang paling sempurna ialah membongkokkan badan sehingga belakangnya menjadi sama rata dan atas kepalanya menghadap ke arah kiblat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Kemudian rukuklah kamu sehingga kamu berada dalam tenang dalam rukuk.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Syarat2 sah RUKUK

1.  Bongkokkan Badan: Berada dalam keadaan bongkok sehingga tangan dapat memegang
     lutut. Al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Humaid dan maksudnya: “ Apabila
     Baginda rukuk, dia menekan kedua2 tangannya ke lututnya.”
2.  Kedua2 tangan diatas lutut: Meletakkan kedua2 tangan diatas lutut dan merenggangkan
     jari-jemari berdasarkan laporan Abu Mas’ud Uqbah bin Amru r.a. Maksudnya: “ Baginda
     berdiri lurus dan bertakbir kemudian rukuk dengan merenggangkan kedua2 tangannya dan
     meletakkannya diatas lutut. Kemudian Baginda merenggangkan jari-jemarinya dan menutup
     seluruh lututnya.”
3.  Tidak Mendongakkan kepala: Tidak mendongak kepala ketika rukuk dan juga tidak
     menundukkan. Berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang diceritakan oleh Aisyah r.ha.:
     Maksudnya: “ (Rasulullah) apabila rukuk Baginda tidak mengangkat kepalanya dan tidak juga
     menundukkannya, tetapi pertengahan diantara kedua2nya.”
4.  Semata-semata untuk rukuk:  Hendaklah perbuatan membongkokkan badan ini dilakukan
     semata-mata untuk menunaikan rukun solat iaitu rukuk. Sekiranya dia membongkok kerana
     mengelak sesuatu atau kerana sakit pinggang, kemudian dia menjadikannya sebagai rukuk,
     tidak sah rukuknya. Dia wajib berdiri semula kemudian rukuk.
4.  Tenang: Berada dalam keadaan tenang (tamakninah) ketika rukuk sekurang2nya sekadar
     cukup untuk membaca satu tasbih (subhanallah). Tidak sah rukuk yang dilakukan terlalu laju
     dan cepat.
     RUKUK YANG SEMPURNA ADALAH MEMBENGKOK 90 DARJAH
    
KETIKA RUKUK LETAKKAN KEDUA TANGAN DIATAS LUTUT DAN MERENGGANGKAN JARI JEMARI

     Riwayat Ahmad daripada Abu Qatadah r.a. yang diambilkan daripada bapanya,
     bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Seburuk-buruk manusia ialah pencuri yang
     mencuri dalam solatnya.” Mereka bertanya: ”Wahai Rasulullah, bagaimana mencuri dalam
     solat itu ?,” Baginda menjawab:” dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

A) Bertasbih ketika Rukuk adalah sunat hai’at
     Disunatkan bagi orang yang bersolat mengucap tasbih ketika rukuk, dan
     sebaik2nya dibaca 3 kali dan boleh juga ditambah sehingga 11 kali.
  
   سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
    
     Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya
     ” Apabila sesaorang daripada kamu rukuk dan membaca dalam rukuknya subhana rabbiyal-
     ’azim sebanyak 3 kali. Dia telah menyempurnakan rukuknya dan itu adalah sekurang2nya
     (rukuk)

B) Mengangkat kedua dua tangan ketika rukuk dan bangun daripadanya adalah sunat hai’at
    
     Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. Maksudnya: ” Saya melihat Nabi SAW
     memulakan solatnya dengar takbir lalu mengangkat kedua2 tangannya ketika bertakbir
     sehingga kedua2nya setentang dengan bahunya. Dan apabila bertakbir untuk rukuk Baginda
     melakukan perkara yang sama. Apabila menyebut ’sami’allahu liman hamidah’,Baginda
     melakukan perkara yang sama juga,dan berkata ’robbana lakal-hamdu’. Baginda tidak
     melakukannya ketika sujud dan ketika mengangkat kepala daripada sujud.”

C) Melihat ke tempat sujud adalah sunat hai’at
     Makruh bagi orang yang sedang solat memandang merata-rata tempat tanpa sebab walaupun
     melihat Kaabah dihadapannya. Malah, disunatkan menumpukan pandangan pada tempat
     sujud. Tetap disunatkan untuk melihat tempat sujud dalam keadaan membaca tasyahud.    

RUKUK YANG SEMPURNA ADALAH MEMBENGKOK 90 DARJAH DAN MELIHAT TEMPAT SUJUD

D) Mengucapkan takbir ketika berpindah dari rukun ke rukun yang lain adalah sunat hai’at
     Sunat mengucap takbir sebagaimana takbiratulihram setiap kali berpindah dari satu rukun ke
     rukun yang lain.
     Kecuali ketika bangun daripada rukuk, kerana ketika itu disunatkan membaca :
        
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
        
     Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a: ” Apabila Rasulullah SAW
     mendirikan solat, dia bertakbir ketika berdiri, bertakbir ketika rukuk kemudian Baginda berkata:
     ’Samiallahu liman hamudah’. Ketika hendak membetulkan belakangnya daripada rukuk
     (iktidal)  kemudian menyambung dalam keadaan berdiri: ’Rabbana lakal hamd’.”
      رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
BARULAH ”IKTIDAL” SELEPAS INI. Bersambung ke rukun seterusnya....insyaallah.

Thursday, June 21, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 4). MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

RUKUN 4: MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-FATIHAH WAJIB DIBACA DALAM SETIAP RAKAAT DAN PADA SEMUA JENIS SOLAT, SAMA ADA SOLAT JEMAAH ATAU SENDIRIAAN.

Begitu juga wajib dibaca dalam solat yang bacaannya perlahan atau kuat (solat asar(perlahan) atau subuh (kuat))

Nabi SAW bersabda : Maksudnya ”Tidak sah solat sesiapa yang tidak membaca al-fatihah” riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Menurut Imam Syafi’i basmalah adalah salah satu ayat al-fatihah dan wajib dibaca.

Syarat2 sah bacaan al-fatihah:

1. Dengar bacaan sendiri:
    Pembaca hendaklah dapat mendengar bacaannya itu, sekiranya dia mempunyai pendengaran
    yang baik. Tidak sah membaca dengan hanya menggerakkan mulut.

2. Tertib:
    Bacaannya hendaklah tertib, iaitu mengikut susunan ayat sebagaimana yang terdapat dalam
    al-quran. Makhraj dan tasydidnya hendaklah dijaga.

3. Syaddah dibaca dengan tepat:
    Semua syaddah dalam al-fatihah hendaklah dibaca dengan tepat. Terdapat 14 tempat
    syaddah dalam surah. Batal solat orang yang tertinggal walau satu syaddah dalam al-fatihah.

14 LOKASI SYADDAH DALAM SURAH AL-FATIHAH

4. Lafaz kalimah tepat:
    Melafazkan setiap kalimahnya dengan betul dan tidak mengubah maknanya.

5. Bacaan terus menerus:
    Dibaca secara terus-manerus tanpa diselangi dengan berhenti yang lama melainkan untuk
    menarik nafas atau batuk. Tidak sah bacaan yang diselangi berhenti yang lama diantara satu
    ayat ke ayat yang lain.

6. Bacaan dalam bahasa arab:
    Hendaklah dibaca dalam bahasa arab, dan tidak sah dengan hanya membaca terjemahannya.

7. Dalam keadaan berdiri:
    Bacaan al-Fatihah ini hendaklah disempurnakan ketika dalam keadaan berdiri, jika mampu.
    Sekiranya dia rukuk ketika bacaannya belum tamat, tidak sah bacaan al-Fatihah tersebut.

8. Wajib dibaca:
    Surah al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat dan pada semua jenis solat, sama ada solat
    berjamaah atau bersendirian. Begitu juga wajib dibaca dalam solat yang bacaannya perlahan
    atau kuat.

A) Mengaminkan bacaan al-Fatihah  adalah Sunat Hai’at
    Disunatkan menyebut lafaz amin selepas membaca al-Fatihah dan diucapkan dengan kuat
    bagi solat yang disunatkan bacaan kuat, begitu juga sebaliknya. Makmum mengucapkannya
    sama dengan imam.
    Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:  
    Maksudnya ” Jika sesiapa berkata ”amin” maka malaikat dilangit juga menyebut ”amin”. Seandainya sebutan
    sesaorang itu bertepatan dengan sebutan malaikat, maka segala dosanya yang lalu diampunkan ”

B) Membaca dengan suara yang kuat di tempat2 tertentu  adalah Sunat Hai’at
     Bacaan yang sunat dibaca dengan suara yang kuat.
     1)  Al-Fatihah – termasuk Basmalah, tetapi tidak disunatkan baca ta’awwuz dengan kuat.
     2)  Surah2 al-Quran – yang dibaca selepas al-Fatihah.
     3)  Mengaminkan bacaan al-Fatihah.
     4)  Membaca Doa Qunut.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada al-Barra r.a.: Maksudnya “ Saya mendengar Nabi SAW membaca (surah At-Tin) dalam solat isyak, dan saya tidak pernah mendengar sesiapa mempunyai suara dan bacaan yang lebih baik daripadanya”

C) Membaca dengan perlahan di tempat2 tertentu  adalah Sunat Hai’at
Riwayat al-Bukhari daripada Khabbab r.a. bahawa dia telah ditanya “ Adakah Rasulullah SAW membaca (al-Quran) dalam solat Zuhur dan Asar? ‘ Katanya “Ya”. Kami bertanya lagi “Bagaimana  kamu tahu?” Katanya “Daripada gerakan janggutnya.”

BACAAN WANITA DALAM SOLAT
Sesaorang wanita disunatkan menguatkan bacaannya pada tempat tertentu sekiranya tidak ada lelaki ‘ajnabi’ yang mendengar suaranya. Jika tidak, disunatkan dia membaca perlahan.

HAD NADA BACAAN
PERLAHAN:
Bacaannya sekadar boleh didengarinya sendiri jika perdengarannya baik.
KUAT:
Bacaannya boleh didengari oleh orang yang berhanpirannya.


D) MEMBACA MANA2 SURAH AL-QURAN SELEPAS AL-FATIHAH  adalah Sunat Hai’at

i)   Sunat ini terlaksana dengan sekurang2nya membaca satu surah daripada al-quran walaupun
     pendek atau dengan membaca tiga ayat yang berturut2.
ii)  Ianya disunatkan pada 2 rakaat yang pertama dalam setiap solat dan hanya disunatkan
     kepada imam atau orang yang bersolat bersendirian. Sunat juga bagi makmum yang mana
     imam membaca secara perlahan, atau makmum berada jauh daripada imam dan tidak
     mendengar bacaan.
iii)  Tidak dituntut orang yang masbuk membacanya, kerana memadai baginya sekadar membaca
     surah al-Fatihah. Tidak disunatkan juga makmum yang mendengar bacaan imam, kerana
     bacaan imam itu adalahuntuknya juga. Makruh membaca al-Fatihah bersama dengan imam
     kerana takut tidak sempat membacanya seperti yang sering dilakukan dalam solat Terawih.

Kadar Bacaan
1.  Panjang: Disunatkan membaca surah2 yang panjang pada solat2 Subuh dan Zuhur.
2.  Sederhana: Disunatkan membaca surah2 yang sederhana pada solat Asar dan Isyak.
3.  Pendek:  Disunatkan membaca surah2 yang pendek pada solat Maghrib.

Berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bermaksud: ” Saya tidak pernah bersolat dibelakang seorang yang sama solatnya dengan Rasulallah SAW selain daripada dia ini. Kami telah bersolat dibelakangnya, dan dia telah memanjangkan bacaan pada rakaat yang pertama solat Zuhur dan meringankan bacaan pada dua rakaat yang akhir. Dia meringankan bacaan pada solat Asar dan membaca surah2 yang pendek pada solat Maghrib. Dia membaca surah al-Syam dan al-Duha dan yang seumpama dengannya pada solat Insyak. Dan dia membaca dua surah yang panjang pada solat Subuh.”

Anak2 ku semasa kecil dulu masa zaman sekolah abah ada mengajar akan2 bacaan muqadam, moga itu menjadi bukti bahawa sebagai ketua keluarga telah mengajar akan keluarganya membaca al-Quran, buat isteri ku moga segala bacaan dalam solat ketika kita berjemaah menjadi ajaran secara langsung bagi melepaskan diri sebagai tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

BARULAH RUKUK SELEPAS INI. Bersambung ke rukun seterusnya....insyaallah.

Tuesday, June 19, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 3). TAKBIRATULIHRAM

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.

RUKUN SOLAT
Rukun solat adalah perkara2 yang perlu dilakukan ketika solat dalam bentuk amalan hati, pertuturan atau perbuatan yang khusus dan tidak sah solat sesaorang itu jika salah satu daripada rukun2nya diabaikan.


SUNAT HAI’AT
Sunat hai’at ialah sunat2 dalam solat yang tidak mengapa jika ditinggalkan dan tidak disunatkan menampung dengan sujud sahwi.

Kita sambung semula rukun yang ke 3,

RUKUN 3: TAKBIRATULIHRAM

Sabda Rasulullah: maksudnya “Kunci solat adalah bersuci, permulaannya adalah takbir dan penyudahnya ialah salam” riwayat oleh Ali Bin Abu Talib r.a.

Takbiratulihram hendaklah dengan lafaz Al-lahuakbar.
اَلله أَكْبَر

Syarat2 takbiratulihram:
1. Ketika melafazkan takbir, hendaklah berada dalam keadaan berdiri. Tidak sah takbir tersebut jika
    dilafazkan ketika belum sempurna berdiri atau ketika melangkah saf.
2. Melafazkannya ketika mengadap kiblat.
3. Melafazkannya dalam bahasa Arab.
4. Lafaz takbir yang diucapkan hendaklah boleh didengarinya sendiri, jadi jangan terlalu perlahan dan
    jangan pula terlalu kuat hingga mengganggu orang lain. ( lihatlah diri kita dan jemaah disebelah,
    kesilapan kita bila bertakbiratulihram tiada bunyi, sunyi sepi, itu tandanya tak sah solat kita, sebab
    takbiratulihram adalah rukun )
5. Niat solat (qasad atau lintasan niat solat dalam hati,) hendaklah disertakan bersama dengan takbir
    ini. Tidak sah solat jika berniat terlebih dahulu sebelum takbir atau selepas takbir.

A) Mengangkat kedua dua tangan ketika takbiratulihram adalah sunat hai’at

”Didalam hadith Bukhari dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tangannya terkadang bersama takbir, terkadang setelah takbir dan terkadang sebelum takbir. Beliau meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua bahu beliau dan terkadang juga mensejajarkan dengan telinganya.


 KEDUA2 TANGAN SEJAJAR DENGAN TELINGA

 
B) Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri ketika berdiri adalah sunat hai’at

Ini berdasarkan riwayat Muslim daripada Wail bin Hijr r.a.: Maksudnya: ” Dia melihat Nabi SAW mengangkat kedua2 tangannya ketika mula mendirikan solat, .....kemudian dia meletakkan tangan kanannya diatas tangan kiri...”
  
 TANGAN KANAN DIATAS TANGAN KIRI, TANGAN KANAN MENGGENGGAM PERGELENGAN  TANGAN KIRI.

C) Membaca Doa Iftitah selepas Takbiratulihram adalah sunat hai’at

Tempat disunatkan membaca doa Iftitah

Disunatkan membacanya dipermulaan solat fardu dan sunat, sama ada bagi orang yang bersolat sebagai imam atau makmum, atau bersolat sendiriaan. Tetapi disyaratkan dia sebelum membaca al-fatihah atau sebahagian atau sebahagian daripada ayat2nya termasuk basmalah.Begitu juga jika dia telah membaca Ta’awwuz, tidak disunatkan lagi dia membaca doa iftitah dan tidak harus dia mengulanginya jika terlupa atau sengaja.

Ini berdasarkan riwayat Muslim daripada Ali r.a., daripada Nabi SAW:
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
D) Membaca Isti’azah adalah sunat hai’at

Terdapat beberapa lafaz yang boleh digunakan, tapi lafaz yang biasa digunakan ialah:

Dalilnya dalam surah al-Nahl, ayat 98:  Maksudnya “ Oleh itu apabila engkau membaca al-quran maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam “  


BARULAH MEMBACA AL-FATIHAH SELEPAS INI. Bersambung ke rukun seterusnya....insyaallah.

Sunday, June 17, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 1). NIAT 2). BERDIRI


MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.

SEMBAHYANG ATAU SOLAT

Syarat2 wajib solat.
1. Beragama Islam.
2. Suci daripada haid dan nifas,
3. Berakal.
4. Baligh
5. Sedar...berada dalam kesedaran (tidak tidor)

Syarat2 sah sembahyang.

1. SUCI
Suci dari hadas
Suci tubuh badan daripada hadas besar dan kecil dengan berwuduk,mandi atau tayammum. (nanti dibincangkan untuk berhadas besar)
Suci tubuh daripada najis
Tubuh hendaklah bersih daripada sebarang najis.
Suci pakaian daripada najis.
Suci pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat daripada sebarang najis.
Suci tempat solat daripada najis.
Tempat yang dimaksudkan disini ialah kawasan tempat berdiri dan sujud.

2. MENGETAHUI MASUKNYA WAKTU SOLAT
Setiap orang yang bersolat wajib mengetahui dengan yakin bahawa waktu solat yang dilakukannya telah masuk.

3. MENUTUP AURAT
Aurat lelaki adalah diantara pusat dan lutut. (nak mengadap allah biarlah berpakaian yang cantik )
Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

4. MENGADAP KIBLAT
Para ulama sepakat menetapkan mengadap ke arah kiblat adalah syarat sah solat.

Isteri dan anak2 ku sekarang barulah kita masuk bab mengerjakan solat, seperti sedia maklum rukun atau fardu solat ada 13 (jika tertinggal satu maka batallah solat itu), akan diterangkan setiap2 rukun secara lengkap kerana kegalan setiap satu maka rosaklah solat tu. Akan diterangkan bersama2nya akan sunat2 dalam solat ia itu sunat ab’ad dan sunat hai’at.

SUNAT AB’AD
Sunat ab’ad adalah semua perbuatan dalam solat yang jika tertinggal secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi diakhir solat atau selepas solat.

SUNAT HAI’AT
Sunat hai’at ialah sunat2 dalam solat yang tidak mengapa jika ditinggalkan dan tidak disunatkan menampung dengan sujud sahwi.

Isteri dan anak2ku solat diwajibkan keatas kita adalah 5 kali dalam sehari/semalam, iaitu solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Janganlah sekali2 meninggalkan solat, itulah perbezaan antara kita dan orang2 kafir.

RUKUN SOLAT

Rukun solat adalah perkara2 yang perlu dilakukan ketika solat dalam bentuk amalan hati, pertuturan atau perbuatan yang khusus dan tidak sah solat sesaorang itu jika salah satu daripada rukun2nya diabaikan.


RUKUN 1.  NIAT.

Rasulullah bersabda: ”Sesunguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesunguhnya pada setiap sesaorang pahala akan apa yang diniatkannya”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Niat ialah Qasad untuk melakukan sesuatu yang disertai dengan perbuatan. Niat solat hendaklah disertakan (qasad) ketika melafazkan takbiratulihram, tetapi disunatkan melafazkannya sebelum itu sama ada dalam bahasa arab atau sebarang bahasa yang difahami.
CONTOH:
i) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
 
RUKUN 2. BERDIRI BAGI YANG MAMPU.

Sabda rasulullah yang bermaksud :
“Solatlah dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu dalam keadaan berdiri, duduklah dan jika kamu tidak mampu juga hendaklah kamu baring diatas lambung kamu (mengiring)”
Riwayat al-Bukhari.

Sesaorang itu dianggap berdiri dengan sempurna apabila dia berada dalam keadaan tegak. (walau bagaimanapun kewajipan ini hanya untuk solat fardu dan bagi mereka yang mampu melakukan. Sekiranya dia sakit hingga tidak dapat berdiri memadailah dia duduk atau berbaring, akan dibincangkan kemudian bab solat orang yang sakit )

NOTA: adalah diperhatikan orang kita selalunya yang uzur terutama bapa2 kita yang kemasjid, dia boleh berjalan, naik anak tangga masjid lagi tapi bila sampai saf, nak sembahyang tak boleh berdiri pula, ini salah, sekalipun kalau dia tak boleh nak rukuk atau nak bangun dari sujud, apa2 hal dia kena berdiri dulu semasa takbiratulihram, lepas tu baru dia boleh sembahyang cara duduk .
 
Sebaik2 berdiri tegak biarlah keseluruhan anggota kita mengadap kearah kiblat, terutama kaki kita, seelok2nya biarlah jarak antara kedua kaki adalah sejengkal,(dalam kadar keselesaan) tak payah2lah nak tunduk pi ukur agak2lah. (percayalah makmum disebelah kita kakinya mengadap kekiri dan kekanan, kalau wanita tak nampaklah)

KEDUA BELAH KAKI BIARLAH JUGA MENGADAP KIBLAT


Satu lagi ketika berdiri pandangan kita hendaklah sentiasa ditempat sujud, dan keadaan ini biarlah kekal sehingga selesai solat.
Rasulullah bersabda: "Jika kalian menunaikan solat, maka hendaklah jangan menoleh, sebab allah menegakkan wajahnya ke wajah hambanya didalam solatnya selama ia tidak menoleh" riwayat oleh Al Tirmidzi


KETIKA BERDIRI TEGAK BIARLAH KEPALA SEDIKIT TUNDUK
MEMERHATIKAN TEMPAT SUJUD


Insyaallah, Isteri dan anak2ku kita sambung kemudian RUKUN ke 3 iaitu TAKBIRATULIHRAM.