Friday, June 22, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 5). RUKUK

Satelah selesai membaca satu surah dalam al-Quran, maka berhenti sebentar, sekadar untuk mengambil nafas. Kemudian mengangkat tangan seperti bentuk sebelumnya pada takbiratulihram.dan kemudian RUKUK.

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

RUKUN 5: RUKUK

RUKUK dari sudut syarak ialah perbuatan orang yang bersolat menundukkan badannya sekurang2nya sehingga tangannya dapat menyentuh lutut. Tetapi yang paling sempurna ialah membongkokkan badan sehingga belakangnya menjadi sama rata dan atas kepalanya menghadap ke arah kiblat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Kemudian rukuklah kamu sehingga kamu berada dalam tenang dalam rukuk.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Syarat2 sah RUKUK

1.  Bongkokkan Badan: Berada dalam keadaan bongkok sehingga tangan dapat memegang
     lutut. Al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Humaid dan maksudnya: “ Apabila
     Baginda rukuk, dia menekan kedua2 tangannya ke lututnya.”
2.  Kedua2 tangan diatas lutut: Meletakkan kedua2 tangan diatas lutut dan merenggangkan
     jari-jemari berdasarkan laporan Abu Mas’ud Uqbah bin Amru r.a. Maksudnya: “ Baginda
     berdiri lurus dan bertakbir kemudian rukuk dengan merenggangkan kedua2 tangannya dan
     meletakkannya diatas lutut. Kemudian Baginda merenggangkan jari-jemarinya dan menutup
     seluruh lututnya.”
3.  Tidak Mendongakkan kepala: Tidak mendongak kepala ketika rukuk dan juga tidak
     menundukkan. Berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang diceritakan oleh Aisyah r.ha.:
     Maksudnya: “ (Rasulullah) apabila rukuk Baginda tidak mengangkat kepalanya dan tidak juga
     menundukkannya, tetapi pertengahan diantara kedua2nya.”
4.  Semata-semata untuk rukuk:  Hendaklah perbuatan membongkokkan badan ini dilakukan
     semata-mata untuk menunaikan rukun solat iaitu rukuk. Sekiranya dia membongkok kerana
     mengelak sesuatu atau kerana sakit pinggang, kemudian dia menjadikannya sebagai rukuk,
     tidak sah rukuknya. Dia wajib berdiri semula kemudian rukuk.
4.  Tenang: Berada dalam keadaan tenang (tamakninah) ketika rukuk sekurang2nya sekadar
     cukup untuk membaca satu tasbih (subhanallah). Tidak sah rukuk yang dilakukan terlalu laju
     dan cepat.
     RUKUK YANG SEMPURNA ADALAH MEMBENGKOK 90 DARJAH
    
KETIKA RUKUK LETAKKAN KEDUA TANGAN DIATAS LUTUT DAN MERENGGANGKAN JARI JEMARI

     Riwayat Ahmad daripada Abu Qatadah r.a. yang diambilkan daripada bapanya,
     bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Seburuk-buruk manusia ialah pencuri yang
     mencuri dalam solatnya.” Mereka bertanya: ”Wahai Rasulullah, bagaimana mencuri dalam
     solat itu ?,” Baginda menjawab:” dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

A) Bertasbih ketika Rukuk adalah sunat hai’at
     Disunatkan bagi orang yang bersolat mengucap tasbih ketika rukuk, dan
     sebaik2nya dibaca 3 kali dan boleh juga ditambah sehingga 11 kali.
  
   سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
    
     Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya
     ” Apabila sesaorang daripada kamu rukuk dan membaca dalam rukuknya subhana rabbiyal-
     ’azim sebanyak 3 kali. Dia telah menyempurnakan rukuknya dan itu adalah sekurang2nya
     (rukuk)

B) Mengangkat kedua dua tangan ketika rukuk dan bangun daripadanya adalah sunat hai’at
    
     Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. Maksudnya: ” Saya melihat Nabi SAW
     memulakan solatnya dengar takbir lalu mengangkat kedua2 tangannya ketika bertakbir
     sehingga kedua2nya setentang dengan bahunya. Dan apabila bertakbir untuk rukuk Baginda
     melakukan perkara yang sama. Apabila menyebut ’sami’allahu liman hamidah’,Baginda
     melakukan perkara yang sama juga,dan berkata ’robbana lakal-hamdu’. Baginda tidak
     melakukannya ketika sujud dan ketika mengangkat kepala daripada sujud.”

C) Melihat ke tempat sujud adalah sunat hai’at
     Makruh bagi orang yang sedang solat memandang merata-rata tempat tanpa sebab walaupun
     melihat Kaabah dihadapannya. Malah, disunatkan menumpukan pandangan pada tempat
     sujud. Tetap disunatkan untuk melihat tempat sujud dalam keadaan membaca tasyahud.    

RUKUK YANG SEMPURNA ADALAH MEMBENGKOK 90 DARJAH DAN MELIHAT TEMPAT SUJUD

D) Mengucapkan takbir ketika berpindah dari rukun ke rukun yang lain adalah sunat hai’at
     Sunat mengucap takbir sebagaimana takbiratulihram setiap kali berpindah dari satu rukun ke
     rukun yang lain.
     Kecuali ketika bangun daripada rukuk, kerana ketika itu disunatkan membaca :
        
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
        
     Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a: ” Apabila Rasulullah SAW
     mendirikan solat, dia bertakbir ketika berdiri, bertakbir ketika rukuk kemudian Baginda berkata:
     ’Samiallahu liman hamudah’. Ketika hendak membetulkan belakangnya daripada rukuk
     (iktidal)  kemudian menyambung dalam keadaan berdiri: ’Rabbana lakal hamd’.”
      رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
BARULAH ”IKTIDAL” SELEPAS INI. Bersambung ke rukun seterusnya....insyaallah.

No comments: