Sunday, June 17, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 1). NIAT 2). BERDIRI


MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.

SEMBAHYANG ATAU SOLAT

Syarat2 wajib solat.
1. Beragama Islam.
2. Suci daripada haid dan nifas,
3. Berakal.
4. Baligh
5. Sedar...berada dalam kesedaran (tidak tidor)

Syarat2 sah sembahyang.

1. SUCI
Suci dari hadas
Suci tubuh badan daripada hadas besar dan kecil dengan berwuduk,mandi atau tayammum. (nanti dibincangkan untuk berhadas besar)
Suci tubuh daripada najis
Tubuh hendaklah bersih daripada sebarang najis.
Suci pakaian daripada najis.
Suci pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat daripada sebarang najis.
Suci tempat solat daripada najis.
Tempat yang dimaksudkan disini ialah kawasan tempat berdiri dan sujud.

2. MENGETAHUI MASUKNYA WAKTU SOLAT
Setiap orang yang bersolat wajib mengetahui dengan yakin bahawa waktu solat yang dilakukannya telah masuk.

3. MENUTUP AURAT
Aurat lelaki adalah diantara pusat dan lutut. (nak mengadap allah biarlah berpakaian yang cantik )
Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

4. MENGADAP KIBLAT
Para ulama sepakat menetapkan mengadap ke arah kiblat adalah syarat sah solat.

Isteri dan anak2 ku sekarang barulah kita masuk bab mengerjakan solat, seperti sedia maklum rukun atau fardu solat ada 13 (jika tertinggal satu maka batallah solat itu), akan diterangkan setiap2 rukun secara lengkap kerana kegalan setiap satu maka rosaklah solat tu. Akan diterangkan bersama2nya akan sunat2 dalam solat ia itu sunat ab’ad dan sunat hai’at.

SUNAT AB’AD
Sunat ab’ad adalah semua perbuatan dalam solat yang jika tertinggal secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi diakhir solat atau selepas solat.

SUNAT HAI’AT
Sunat hai’at ialah sunat2 dalam solat yang tidak mengapa jika ditinggalkan dan tidak disunatkan menampung dengan sujud sahwi.

Isteri dan anak2ku solat diwajibkan keatas kita adalah 5 kali dalam sehari/semalam, iaitu solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Janganlah sekali2 meninggalkan solat, itulah perbezaan antara kita dan orang2 kafir.

RUKUN SOLAT

Rukun solat adalah perkara2 yang perlu dilakukan ketika solat dalam bentuk amalan hati, pertuturan atau perbuatan yang khusus dan tidak sah solat sesaorang itu jika salah satu daripada rukun2nya diabaikan.


RUKUN 1.  NIAT.

Rasulullah bersabda: ”Sesunguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesunguhnya pada setiap sesaorang pahala akan apa yang diniatkannya”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Niat ialah Qasad untuk melakukan sesuatu yang disertai dengan perbuatan. Niat solat hendaklah disertakan (qasad) ketika melafazkan takbiratulihram, tetapi disunatkan melafazkannya sebelum itu sama ada dalam bahasa arab atau sebarang bahasa yang difahami.
CONTOH:
i) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
 
RUKUN 2. BERDIRI BAGI YANG MAMPU.

Sabda rasulullah yang bermaksud :
“Solatlah dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu dalam keadaan berdiri, duduklah dan jika kamu tidak mampu juga hendaklah kamu baring diatas lambung kamu (mengiring)”
Riwayat al-Bukhari.

Sesaorang itu dianggap berdiri dengan sempurna apabila dia berada dalam keadaan tegak. (walau bagaimanapun kewajipan ini hanya untuk solat fardu dan bagi mereka yang mampu melakukan. Sekiranya dia sakit hingga tidak dapat berdiri memadailah dia duduk atau berbaring, akan dibincangkan kemudian bab solat orang yang sakit )

NOTA: adalah diperhatikan orang kita selalunya yang uzur terutama bapa2 kita yang kemasjid, dia boleh berjalan, naik anak tangga masjid lagi tapi bila sampai saf, nak sembahyang tak boleh berdiri pula, ini salah, sekalipun kalau dia tak boleh nak rukuk atau nak bangun dari sujud, apa2 hal dia kena berdiri dulu semasa takbiratulihram, lepas tu baru dia boleh sembahyang cara duduk .
 
Sebaik2 berdiri tegak biarlah keseluruhan anggota kita mengadap kearah kiblat, terutama kaki kita, seelok2nya biarlah jarak antara kedua kaki adalah sejengkal,(dalam kadar keselesaan) tak payah2lah nak tunduk pi ukur agak2lah. (percayalah makmum disebelah kita kakinya mengadap kekiri dan kekanan, kalau wanita tak nampaklah)

KEDUA BELAH KAKI BIARLAH JUGA MENGADAP KIBLAT


Satu lagi ketika berdiri pandangan kita hendaklah sentiasa ditempat sujud, dan keadaan ini biarlah kekal sehingga selesai solat.
Rasulullah bersabda: "Jika kalian menunaikan solat, maka hendaklah jangan menoleh, sebab allah menegakkan wajahnya ke wajah hambanya didalam solatnya selama ia tidak menoleh" riwayat oleh Al Tirmidzi


KETIKA BERDIRI TEGAK BIARLAH KEPALA SEDIKIT TUNDUK
MEMERHATIKAN TEMPAT SUJUD


Insyaallah, Isteri dan anak2ku kita sambung kemudian RUKUN ke 3 iaitu TAKBIRATULIHRAM.

 

No comments: