BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.
RUKUN SOLAT
Rukun solat adalah perkara2 yang perlu dilakukan ketika solat dalam bentuk amalan hati, pertuturan atau perbuatan yang khusus dan tidak sah solat sesaorang itu jika salah satu daripada rukun2nya diabaikan.
SUNAT HAI’AT
Sunat hai’at ialah sunat2 dalam solat yang tidak mengapa jika ditinggalkan dan tidak disunatkan menampung dengan sujud sahwi.
Kita sambung semula rukun yang ke 3,
RUKUN 3: TAKBIRATULIHRAM
Sabda Rasulullah: maksudnya “Kunci solat adalah bersuci, permulaannya adalah takbir dan penyudahnya ialah salam” riwayat oleh Ali Bin Abu Talib r.a.
Takbiratulihram hendaklah dengan lafaz Al-lahuakbar.
اَلله أَكْبَر
Syarat2 takbiratulihram:
1. Ketika melafazkan takbir, hendaklah berada dalam keadaan berdiri. Tidak sah takbir tersebut jika
dilafazkan ketika belum sempurna berdiri atau ketika melangkah saf.
2. Melafazkannya ketika mengadap kiblat.
3. Melafazkannya dalam bahasa Arab.
4. Lafaz takbir yang diucapkan hendaklah boleh didengarinya sendiri, jadi jangan terlalu perlahan dan
jangan pula terlalu kuat hingga mengganggu orang lain. ( lihatlah diri kita dan jemaah disebelah,
kesilapan kita bila bertakbiratulihram tiada bunyi, sunyi sepi, itu tandanya tak sah solat kita, sebab
takbiratulihram adalah rukun )
5. Niat solat (qasad atau lintasan niat solat dalam hati,) hendaklah disertakan bersama dengan takbir
ini. Tidak sah solat jika berniat terlebih dahulu sebelum takbir atau selepas takbir.
A) Mengangkat kedua dua tangan ketika takbiratulihram adalah sunat hai’at
”Didalam hadith Bukhari dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tangannya terkadang bersama takbir, terkadang setelah takbir dan terkadang sebelum takbir. Beliau meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua bahu beliau dan terkadang juga mensejajarkan dengan telinganya.
KEDUA2 TANGAN SEJAJAR DENGAN TELINGA
B) Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri ketika berdiri adalah sunat hai’at
Ini berdasarkan riwayat Muslim daripada Wail bin Hijr r.a.: Maksudnya: ” Dia melihat Nabi SAW mengangkat kedua2 tangannya ketika mula mendirikan solat, .....kemudian dia meletakkan tangan kanannya diatas tangan kiri...”
TANGAN KANAN DIATAS TANGAN KIRI, TANGAN KANAN MENGGENGGAM PERGELENGAN TANGAN KIRI.
C) Membaca Doa Iftitah selepas Takbiratulihram adalah sunat hai’at
Tempat disunatkan membaca doa Iftitah
Disunatkan membacanya dipermulaan solat fardu dan sunat, sama ada bagi orang yang bersolat sebagai imam atau makmum, atau bersolat sendiriaan. Tetapi disyaratkan dia sebelum membaca al-fatihah atau sebahagian atau sebahagian daripada ayat2nya termasuk basmalah.Begitu juga jika dia telah membaca Ta’awwuz, tidak disunatkan lagi dia membaca doa iftitah dan tidak harus dia mengulanginya jika terlupa atau sengaja.
Ini berdasarkan riwayat Muslim daripada Ali r.a., daripada Nabi SAW:
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
D) Membaca Isti’azah adalah sunat hai’at
Terdapat beberapa lafaz yang boleh digunakan, tapi lafaz yang biasa digunakan ialah:
Dalilnya dalam surah al-Nahl, ayat 98: Maksudnya “ Oleh itu apabila engkau membaca al-quran maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam “
Dalilnya dalam surah al-Nahl, ayat 98: Maksudnya “ Oleh itu apabila engkau membaca al-quran maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam “
BARULAH MEMBACA AL-FATIHAH SELEPAS INI. Bersambung ke rukun seterusnya....insyaallah.
3 comments:
Adakah solat mazhab hanafi & mazhab hambali tidak sah? Kerana menurut artikel ini niat WAJIB didalam takbiratulikhram, jika tidak solat itu tidak sah?
Mohon penjelasan. Terima Kasih.
itu adalah khilaf dan kita x patut berselisih tntg khilaf. ssungguhnya khilaf itu rahmat. kalo ikut syafiee ambillah ini, dan kalo ikut hanbali atau hanafi, ambillah pndapat mereka. ikutla disiplin ilmu yg baik.
sy reply di bawah. itu pndapat saya.
Post a Comment