MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.
Kemudian bangun dari Rukuknya mengangkat kepalanya, Paling minima adalah mengembalikan tulang punggungnya sebagaimana semula sebelum rukuk.
RUKUN 6: IKTIDAL SELEPAS RUKUK
Iktidal adalah perbuatan berdiri yang memisahkan diantara Rukuk dan Sujud.
Riwayat dari Aisyah r.ha. Maksudnya:” Apabila Baginda mengangkat kepalanya daripada rukuk, Baginda tidak akan sujud sehinggalah Baginda berdiri tegak.”
Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “ Tidak ada solat (yakni tidak sah) bagi orang yang tidak tegak tulang rusuknya didalam rukuk dan juga sujud” Hadith sahih. Sunan Ibnu Majah
Syarat2 Iktidal.
1. Tiada niat lain ketika mengangkat kepala daripada rukuk melaikan untuk iktidal.
2. Hendaklah berada dalam tamakninah (berhenti sekejap) sekurang2nya sekadar
mengucapkan sekali tasbih.
3. Tidak berdiri terlalu lama ketika Iktidal sehingga menyamai atau lebih lama daripada
membaca al-Fatihah. Ini keranaia adalah rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan.
A) Mengucapkan takbir ketika berpindah dari rukun ke rukun yang lain adalah sunat hai’at
Sunat mengucap takbir sebagaimana takbiratulihram setiap kali berpindah dari satu rukun ke
rukun yang lain.
Kecuali ketika bangun daripada rukuk, kerana ketika itu disunatkan membaca :
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a: ” Apabila Rasulullah SAW
mendirikan solat, dia bertakbir ketika berdiri, bertakbir ketika rukuk kemudian Baginda berkata:
’Samiallahu liman hamudah’. Ketika hendak membetulkan belakangnya daripada rukuk
(iktidal) kemudian menyambung dalam keadaan berdiri: ’Rabbana lakal hamd’.”
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
B) Mengangkat kedua dua tangan ketika rukuk dan bangun daripadanya adalah sunat hai’at
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. Maksudnya: ” Saya melihat Nabi SAW
memulakan solatnya dengar takbir lalu mengangkat kedua2 tangannya ketika bertakbir
sehingga kedua2nya setentang dengan bahunya. Dan apabila bertakbir untuk rukuk Baginda
melakukan perkara yang sama. Apabila menyebut ’sami’allahu liman hamidah’,Baginda
melakukan perkara yang sama juga,dan berkata ’robbana lakal-hamdu’. Baginda tidak
melakukannya ketika sujud dan ketika mengangkat kepala daripada sujud.”
KEDUDUKAN IKTIDAL YANG SEMPURNA
No comments:
Post a Comment