KITA TAK AKAN BALIK KEMASA SILAM....
Kampong Piew sekitar 60an..
As salam.. moga semuanya berada dalam sihat2 adanya....
Saja dok saja2... nak nyatakan yang kita boleh tengok masa silam..
tapi tidak bolih lihat masa akan datang...
Ini gambar masa tingkatan 5.. SMTC
Terimalah lah hakikat.. bahawa seindah mana masa lalu.. kita tak dapat melaluinya semula.. ibarat bayi yang baru lahir sesaat yang lalu dah tak boleh masuk kembali kedalam rahim ibunya...
Ketika remaja.. 1977..
mula daftar kerja dengan DBKL
mula daftar kerja dengan DBKL
Kehidupan ini harus diteruskan..walaupun kita tidak tahu apa yang akan jadi besok..
Surah Luqman, Verse 34:
........ Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Kehidupan ini harus diteruskan.. walaupun kita tidak tahu bila dan dimana kita akan mati..
Surah Al-Araf, Verse 34:
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
Kehidupan ini harus diteruskan..
Jika dari kecil hingga dewasa kita sentiasa dikendong ibubapa... setiap kita merasai zaman anak2.. pergi sekolah.. bermain dengan kekawan.. tempuh zaman remaja.. mengorat anak orang.. rioh satu kampong.. masuk zaman maktab atau universiti.. dengan lagak dan gaya.. kemudian masuk zaman kerjaya.. ada yang menganggor.. bila musim perayaan/keramaian balik kampong bertemu keluarga dan kekawan... itu belum masuk musim buah lagi... kemudian masuk zaman berkeluarga.. ada juga yang tiada.. begitulah seterusnya... tetapi akhirnya.. terimalah hakikat satu hari kita akan kehilangan semua itu.. semua kenangan akan sentiasa dirindui..
Suka tidak suka.. kehidupan ini harus diteruskan.. semua menjadi kenangan.. terimalah hakikat masa telah berubah... tiada lagi jalan2 balik dari sekolah disambut ibubapa... cuti2 bersama keluarga.. balik kampong dihari perayaan jumpa keluarga.. ada orang kampong dah tak ada.. (dah tukar jadi pekan).. kalau adapun yang tinggal cuma pusara..
Imam Al-Ghazali menanyakan soalan kepada anak-anak muridnya :
" Apakah yang paling jauh? ". Pelbagai jawapan di berikan, namun Beliau menjawab.
" Yang paling jauh adalah masa lalu ( yg telah berlalu) ".
" Apakah yang paling jauh? ". Pelbagai jawapan di berikan, namun Beliau menjawab.
" Yang paling jauh adalah masa lalu ( yg telah berlalu) ".
Kehidupan ini harus diteruskan.. Jadilah kita manusia yang cekal menghadapi segala cabaran dialam ini.. tiada tempat/siapa lagi yang kita bolih mengadu.. ALLAH jualah tempatnya.. jadikanlah kerinduan/kenangan masa silam sebagai satu kekuatan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan... jangan lah kenangan lampau mengusik jiwa.. menjadikan kita sentiasa pandang kebelakang.. merindui masa2 lampau yang pasti tak akan kembali..
Di ketika orang lain berjalan terlalu jauh ke hadapan, tiba-tiba kita masih berdiri di tempat yang sama dan berpatah balik ke garisan permulaan. Sedangkan garisan kemenangan di hadapan.
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati.. tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau diri terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini.
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqash: Rasulullah Shalallahu Aalaihi Wassallam bersabda: “Di antara kebahagiaan manusia adalah menentukan pilihannya dengan Allah dan diantara kebahagiaan manusia adalah keridhuanya pada apa yang Allah tentukan. Dan di antara tanda kesengsaraan manusia adalah ia meninggalkan Allah dalam pilihannya. Dan di antara tanda kesengsaraan manusia adalah kemarahaannya pada apa yang Allah tetapkan atas dirinya” (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya, Hal: 3/377 hadis No: 1367).
Hari terakhir bekerja dengan DBKL..
sebelum bercuti 7 bulan dan terus bersara..2014
No comments:
Post a Comment