Saturday, May 10, 2014

IBU @ MAK

Selamat Hari Ibu.. pada semua yang bergelar Ibu @ Mak... 

Tiap2 hari pun kita sayang mak.. kita sentiasa berdoa buat mereka sekurang2nya 5 kali sehari.. (bagi yang berdoa lepas solat.. kalau tak.. maaflah)

Tapi hari ibu.. satu hari khas bagi kita menyatakan lebihnya kasih kita pada mak.. macam2 cara orang memperingati akan kasihnya pada mak.. kata2 biasa.. 'saya sayang mak'.. 'moga mak diberi kesihatan yg baik' dan lain2 lagi...

Pernahkah kita memohon keampunan darinya... setahun sekali atau dua.. tu pun masa raya.. bagaimana masa2 lain.. sedar atau tidak kita banyak dosa dengan ibu bapa..

                                                       

Mari kita bermuhasabah diri ..
menilai setiap perbuatan kita bersama ibubapa..
 
DERHAKA...

Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar...

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.
 
Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.
 
Mungkin kita tak pernah memaki ibubapa kita... tapi kita memaki ibubapa orang..

Mereka bertanya “Wahai Rasulullah, apakah seseorang memaki kedua orang tuanya”. Baginda menjawab “Ya, ia memaki ayah orang lain, lalu orang lain memaki ayahnya, dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Antara yang lain2nya......
 
Pernahkah kita meminta izin dari kedua ibubapa atas setiap tindaklaku kita..
 
Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”

.......meninggi suara pada ibubapa.... berdosa tu..

Surah Al-Isra, Verse 23:


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Pohonlah keredhaan kedua ibubapa...

Rasullullah S.a.w bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
 
Jaga dan belailah kedua orang tua....
 
Rasullullah S.a.w. pernah bersabda:“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.
 
Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                       


 
Bagi mereka yang kedua2 nya telah meninggal....
 
Hubungan di antara anak-anak dan kedua ibu bapanya tidak akan terputus dengan kematian ibu dan bapa. Anak-anak masih mempunyai tanggung jawab seperti berdoa untuk ibu bapanya dan melaksanakan segala amanah yang ditinggalkan.
 
Dalam satu hadis yang lazim kita dengar :
“Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berfaedah dan doa daripada anak yang soleh”
 
Selain berdoa, anak-anak juga bertanggung jawab untuk melaksanakan tanggung jawab ibu bapa yang belum sempat ditunaikan seperti melaksanakan nazar, mengqada’kan puasa, melakukan badal haji, melunaskan hutang piutang dan sebagainya.

Janganlah Sesekali Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa...
 
Rasulullah S.a.w bersabda:Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur.
 
Pada masa kini, kebencian seorang anak kepada ayahnya dibuktikan melalui pelbagai cara, tanpa sekadar mengubah nasab(kerabat). Ada yang menengking ayahnya, ada yang melarikan diri dan ada yang mengisytihar memutuskan hubungan dengan ayahnya. Semua ini dilakukan atas sebab-sebab remeh, antara yang paling lazim ialah berbeza pilihan kekasih. Tindakan ini dan selainnya termasuk kebencian kepada ayah yang dilarang dalam Islam. Melarikan diri atau memutuskan hubungan dengan ayah memiliki akibat yang amat berat di dunia dan akhirat.
 
Amaran Rasulullah S.a.w..
Tidak ada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah Ta‘ala ke atas pelakunya di dunia ini disamping apa yang disimpan bagi pelakunya di Hari Akhirat melainkan perbuatan memberontak (terhadap pemimpin) dan memutuskan silraturahim.
 
Tidak ada tindakan “memutuskan silraturahim” yang lebih berat hukumnya melainkan terhadap ibubapa sendiri. 
 
.... kita selalu teringat akan kedua orang tua yang telah tiada ....
 

Al Fatihah...
Jika ada pahala diatas segala kebaikan yg dilakukan... ku hadiahkan pada roh kedua2 orang tua.. moga rahmat allah sentiasa menyelimutinya... aminn..

Aruah Bapa... 1972 

 Ketika mengerjakan haji bersama mak.. 1991
  
Bapa.. meninggal 1972 ketika di bangku sekolah.. tiada berpeluang sekelumit mungkin untuk bersamanya ketika dewasa.. tapi kenangan bersama aruah bapa ketika mengikutnya berniaga apam balik di 'pekan2 nut'.. terbayang betapa susahnya.. bermain api ketika memasak apam balik.. mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak2... tiada gambar bersama aruah bapa... maklumlah zaman 70an...
 
Mak... meninggal 2005.. alhamdulillah diizin allah walaupun cuma sekecil zarrah.. mengerjakan haji bersama aruah mak pada 1991.. masih teringat ketika bertawaf.. beliau tak mahu ditolak dengan kerosiroda.. masih terasa akan ianya bergayut di bahu kiri.. dengan gigihnya menghabiskan 7 pusingan.. memenuhi hajatnya untuk bersolat di 'hijir ismail'.. dan bermalam di 'Masjidil Haram'... sesunguhnya itulah kenangan yang tak dapat dilupai...
 
 Moga roh kedua2nya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman... aminn.. alfatihah.
 

 
 
 

 


 

No comments: