Rasulullah saw berkata diakhir2 zaman orang ke Mekah dengan berbagai niat, antaranya....1. Ingin mendapat nama.2. Kerana permiagaan.3. Untuk berehat atau menghilangkan kerunsingan.4. Semata2 kena allah.5. Kerana kerinduan pada kaabah.
"Sesunguhnya niat yang utama adalah kerana allah "
Pergi mengerjakan umrah bukan lah pergi main2 untuk melancong.
Alhamdulillah, buat sekian kalinya di jemput menjadi tetamu allah, berlebih2 lagi kali ini dibulan Ramadan , ini lah kali pertama dibulan Ramadan, insyaallah, orang tua saya pernah berpesan bertepatan dengan kata guru saya... bila kita melawat orang nak ke Mekah kita ucapkan "Syukur pada allah kerana dapat menjadi tetamu allah dan saya doakan moga mendapat "haji yang mabrur atau umrah yang diterima" sampaikan salam saya kepada baginda rasulullah saw dengan ucapan...assalammualaikum dan meminta doakan kami, moga kami juga dijemput menjadi tetamunya " dan bila kita menyambutnya pulang maka berpeloklah moga kita mendapat keberkatannya... mungkin ada yang beranggapan nak pergi umrah atau haji tak perlulah diheboh2kan, memang tak salah tapi kalau dimaklumkan insyaallah banyak yang akan mendoakan pemergian kita. apa2 pun terpulanglah pada diri sendiri, "moga allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِى فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ حَجَّةٌ “Jika Ramadhan tiba, berumrahlah saat itu karena umrah Ramadhan senilai dengan haji.” (HR. Bukhari dan Muslim )"
"Di kesempatan ini saya dan isteri memohon ampun dan maaf bagi segala kesalahan baik perbuatan, tulisan mahupun pertuturan pada semua, dimana insyaallah kami akan berangkat mengerjakan Umrah dalam bulan ramadhan ini ia itu pada hari khamis 26/7/2012, insyaallah "
Monday, July 23, 2012
Saturday, July 21, 2012
BERBUKA SEPERTI RASULULLAH saw
Makanan berbuka Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam jumlah yang sedikit; hanya dengan beberapa biji buah kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat Maghrib (pada awal waktu)
Rasulullah saw bersabda:
" Barang siapa didalam rumahnya tiada tamar (kurma), rumahnya seperti tiada makanan"
"selamat berbuka"
Doa berbuka:
Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."
Rasulullah saw bersabda:
" Barang siapa didalam rumahnya tiada tamar (kurma), rumahnya seperti tiada makanan"
"selamat berbuka"
Doa berbuka:
Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."
20 KE 8 ?
Solat sunat Tarawih istimewa berbanding solat2 sunat yang lain kerana ia dilakukan pada bulan Ramadan, bulan yang terdapat padanya "satu malam yang seribu kali lebih hebat daripada seribu bulan" . Solat Tarawih juga digelar oleh nabi "Qiam Ramadan"
Sabda Rasulullah saw bermaksud: " Sesiapa yang melakukan qiam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkannya segala dosa yang telah dilakukannya." ( riwayat al-bukhari)
" Ijmak ulama menyatakan bahawa solat Tarawih adalah sunat dan menurut pendapat ulama, ia harus dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian."
Sejarah Solat Terawih
Menurut Aisyah r.ha., pada mulanya Baginda mengerjakan solat Tarawih ini dimasjid, kemudian orang ramai mula mengikutnya. Pada malam berikutnya orang yang mengikutnya bertambah ramai. Tatapi pada malam ketiga dan keempat mereka berkumpul untuk solat tapi Baginda tidak hadir. Pada waktu subuh berikutnya, Rasulullah saw menjelaskan tindakannya malam itu,
sabdanya : " Sesunguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan, dan tiadalah menghalangku daripada keluar kepada kamu melainkan aku bimbang jika diwajibkan keatas kamu (solat Tarawih) pada bulan Ramadan" (riwayat al-bukhari)
Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Ikutlah sunahku dan sunah para Khulafa Rasyidin"
Sayidina Umar r.a. merupakan orang pertama yang mengumpulkan orang ramai untuk menunaikan solat Tarawih berjamaah dan beliau adalah salah saorang Khalifa Rashidin,maka kita diperintahkan mengikut beliau.
BILANGAN RAKAAT SOLAT TARAWIH
20 RAKAAT
20 rakaat dengan sepuluh kali salam diikuti dengan 3 rakaat solat witir, ini bererti salam dilakukan selepas dua rekaat. Ini adalah pendapat mazhab Syafi’I, Daud al-Zahiri dan Hanafi.
Mazhab Hanafi
“ Kadar rakaatnya ialah 20 rakaat dalam 10 kali salam dan 5 kali ‘tarwilah(rehat) setiap 2 kali salam ada satu ‘tarwilah’
Mazhab Syafi’i
Khatib Syarbini mengatakan : ”Dan yang ketiga adalah solat Tarawih dan ia 20 rakaat”
Mazhab Hambali
Ibn Qudamah menyatakan: ” Dan pendapat yang dipilih di sisi Abu Abdullah(Imam Ahmad) dalam masaalah solat Tarawih ialah 20 rakaat”
Diriwayatkan daripada al-Saaib bin Yazid katanya: ” Mereka qiam pada zaman Sayidina Umar bin al-Khatab pada bulan Ramadan dengan 20 rakaat, mereka qiam dengan membaca 200 ayat, dan pada zaman Uthman mereka bertongkat kerana terlalu penat qiam”
8 RAKAAT
8 rakaat dengan 4 kali salam, serta solat witir, menurut sebahagian ulama ahli hadis dan muhaqqiqin.
Mereka berhujah dengan dalil Abu Salamah bin Abdul Rahman r.a. meriwayatkan dia pernah bertanya kepada Aisyah r.ha.: Maksudnya: ” Bagaimana solat Rasulullah saw pada bulan ramadan?’ Jawabnya, ”Baginda tidak menambah pada bulan ramadan dan tidak juga pada bulan lain lebih daripada sebelas rakaat. Baginda bersolat empat rakaat dan jangan kamu tanya tentang baik dan panjangnya. Kemudian Baginda bersolat empat rakaat dan jangan kamu tanya tentang baik dan panjangnya. Kemudian Baginda bersolat tiga rakaat ” Saya berkata, ” Ya Rasulullah adakah engkau tidur sebelum bersolat witir?” Jawab Baginda.” mataku tidur, tapi hatiku tidak tidur.”
” Jadi tepuk dada tanya ’Iman’ kita berapa rakaat solat Tarawih nak kita lakukan di bulan ramadan tahun ini, moga amal ibadat dalam Ramadan tahun ini lebih baik dari rRamadan yang lepas”
Wednesday, July 18, 2012
Berpuasalah seperti Rasulullah saw.
Ramadhan datang lagi, insyaallah. ingin bertanya diri sudahkah kita bersedia menyambut kedatangannya, bila ramadhan pasti kita ingat akan puasa, bila kali terakhir kita menyelak buku atau kitab2 tentang puasa...jadi rajin2lah mungulangkaji.,
Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Apa ada dalam Ramadhan?
1. Bulan turunnya Al-Qur'an
2. Dibelenggunya syaitan dan ditutupkan padanya pintu-pintu neraka dan di bukanya pintu-pintu surga
3. Malam Lailatul Qadar
4. Diwajibkan Untuk Berpuasa
Nabi berpuasa dengan menjaga lima perkara:-
1. Dengan menunaikan juga perkara wajib yang lain.
i. Perkara wajib dalam diri
sembahyang, menuntut ilmu, zakat,
ii. Perkara wajib dalam keluarga
iii. Perkara wajib pada masyarakat
2. Menjaga diri dari yang haram
menjaga perkara yang diharamkan seperti berdusta, mengumpat, sumpah palsu, memandang dengan syahwat. Jika seorang isteri menjadi derhaka, jika seorang anak menjadi anak yang derhaka, jika suami menjadi suami tidak menunaikan tanggungjawab.
Kepentingan menjaga perkara haram ini hingga Nabi pernah berkata bahawa, ramai orang yang berpuasa tidak ada apa bagi puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.
3. Membanyakkan amalan yang sunat
Banyak benda sunat yang disuruh kita buat seperti bersahur memperbanyakkan sembahyang sunat memperbanyakkan membaca quran, menghadiri majlis Ilmu, bersegera berbuka ketika telah masuk waktu, solat tarawikh, solat malam dan lain-lain lagi.
4. Menghindarkan yang makruh
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zohor dan sebagainya
5. Memikirkan kebesaran Allah
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakkur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya.
Monday, July 16, 2012
Berpuasa tapi tak solat
Hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi bermaksud " Perbezaan antara kita dan mereka ialah solat, orang yang meninggalkannya jatuh kafir"
وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(suruh al-baqarah, ayat 45)
وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(suruh al-baqarah, ayat 45)
Thursday, July 5, 2012
SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN 12 & 13) SALAM YANG PERTAMA dan TERTIB
RUKUN 12: SALAM YANG PERTAMA
Salam adalah rukun terakhir sebagai tanda menutup solat.
Sabda Rasulullah riwayat Abu Daud bermaksud: “ Kunci solat adalah bersuci. Pemulaannya ialah takbir dan penyudahnya ialah salam “
Sekurang2 salam ialah dengan berkata “Assalamualaikum” dan yang paling sempurna ialah dengan menyebut “Assalamualaikum warahmatullah “
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Salam pertama diucapkan sambil berpaling ke kanan dan salam kedua sambil berpaling kekiri. Bagaimanapun, hanya salam yang pertama sahaja yang wajib, sedangkan salam yang kedua dan perbuatan berpaling kekiri dan kekanan adalah sunat.
Sabda Rasulullah riwayat Muslim bermaksud:” Saya melihat Rasulullah SAW memberi salam kekanan dan kekiri sehingga saya nampak pipinya yang penuh.”
Salam pertama diucapkan sambil berpaling ke kanan
RUKUN 13: TERTIB
Wajib bersolat mengikut urutan rukun yang telah ditetapkan.
Jika sesetengah rukun ini didahulukan dan yang lain pula dikemudiankan, batal jika dilakukan dengan sengaja. Jika ia berlaku kerana terlupa, hendaklah dia mengulangi semula rukun2 yang tertinggal. Contohnya , jika seorang itu bersujud selepas membaca al-Fatihah, dan tidak rukuk dan iktidal, hendaklah dia bangun semula untuk rukuk dan iktidal kemudian barulah sujud dan melakukan rukun2 yang lain. Sekiranya dia hanya teringat kesalahannya selepas memberi salam, wajib dia mengulangi solat tersebut.
Maka dengan ini lengkaplah rukun solat yang berjumlah 13 itu, adalah diingatkan jika tertinggal salah satu maka batallah solat itu.
Wednesday, July 4, 2012
SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN 11) SELAWAT KEATAS NABI SAW SELEPAS TASYAHUD AKHIR
RUKUN 11: SELAWAT KEATAS NABI SAW SELEPAS TASYAHUD AKHIR
Selawat ini diucapkan selepas sempurna bacaan tasyahud akhir dan sebelum memberi salam. Ulama sepakat menyatakan bahawa selawat hanya wajib dalam solat dan tidak sebaliknya.
Menurut riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud dengan sanad yang sahih bahawa Rasulullah SAW maksudnya: “ Apabila seorang kamu bersolat, mulakanlah dengan memuji Allah kemudian berselawat keatas Nabi SAW dan berdoalah apa sahaja yang dikehendakinya,”
( sekurang2 lafaz selawat ,)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
( Lafaz yang sempurna ,)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
( Selawat Ibrahimiyyah adalah sunat hai’at )
Lafaz riwayat diatas sabit dalam hadis2 sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain2nya. Tetapi sesetengah riwayat mempunyai beberapa pengurangan dan penambahan.
SYARAT2 SELAWAT:
1. Bacaan didengari sendiri, hendaklah bacaannya itu dapat didengarinya
sendiri, jika pendengarannya normal.
2. Guna lafaz tertentu,
Hendaklah menggunakan lafaz Muhammad atau rasul atau nabi. Tidak
memadai atau tidak sah selawat jika hanya menyebut Ahmad.
3. Bacaan dalam bahasa arab, membaca dalam bahasa arab.
4. Bacaan ikut tertib, Ia hendaklah dibaca mengikut tertib susunannya dan
dibaca selepas bacaan tasyahud. Tidak sah jika berselawat dahulu sebelum
tasyahud.
Ketika menyebut illallah ( إِلاَّ الله ) pada syahadah , jari telunjuk hendaklah dipacakkan.
Surah al-Ahzaab ayat 56: terjemahannya”
“ Sesunguhnya allah dan malaikatnya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad saw): wahai orang2 yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya “.”
Monday, July 2, 2012
SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN 10): MEMBACA TASYAHUD PADA DUDUK RAKAAT AKHIR
MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.
RUKUN 10: MEMBACA TASYAHUD PADA DUDUK RAKAAT AKHIR
Terdapat pelbagai riwayat tentang lafaz tasyahud ini dan lafaz yg paling sempurna di sisi Imam Syafi’i r.a. adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Mas’ud r.a. : “Katanya Rasulullah SAW mengajar kami membaca tasyahud sebagaimana Baginda mengajar kami membaca al-quran. Baginda membacanya:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله.
SYARAT2 TASYAHUD:
1. Bacaan didengari sendiri, hendaklah bacaannya itu dapat didengarinya
sendiri, jika pendengarannya normal.
2. Bacaan Berturut2, membaca secara berturut2 dan bersambung2, sekiranya
selepas satu ayatterdapat diam yang lama atau zikir yang panjang, batal
bacaan tasyahud tersebut dan wajib dia ulang semula bacaannya.
3. Dalam keadaan duduk, membaca dalam keadaan duduk, kecuali keuzuran.
4. Bacaan dalam bahasa arab, membaca dalam bahasa arab.
5. Jaga Makhraj dan Syaddah, menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan
segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya tersalah
menyebutnya dan berubah maknanya batal bacaan tersebut dan wajib dia
ulang semula bacaannya.
6. Ikut susunan ayat. Membacanya mengikut susunan ayat yg telah diajarkan
oleh Rasulullah SAW.
KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI KETIKA TASYAHUD
MELETAKKAN TANGAN DIATAS PAHA. adalah sunat hai’at
Menurut ulama’ Syafi’i berasaskan amalan sunnah, kedua2 tangan hendaklah diletakkan diatas kedua2 belah paha semasa duduk untuk tahiyat awal dan tahiyat akhir. Tangan sebelah kiri diletakkan secara terhampar, serta dirapatkan jari2nya. sekira2 hujung jari2nya menyamai lutut. Semua hujung jari perlu mengarah ke qiblat. Tangan kanan pula hendaklah diletakkan diatas paha sebelah kanan, jari hantu, jari manis dan jari kelingking digengam. Dan ibu jari hendaklah disatukan dengan jari telunjuk seperti bentuk isyarat 53, iaitu dengan cara meletakkan ibu jari tersebut dibawah jari telunjuk ditepi tapak tangan.
Ketika menyebut illallah ( إِلاَّ الله ) pada syahadah , jari telunjuk hendaklah dipacakkan.
Dalil hadis Ibn Umar, maksudnya: ” Bahawa nabi Muhammad SAW meletakkan tangan kanan Baginda diatas paha kanannya sambil membuat isyarat bentuk 53. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk.”
Hadith riwayat Abdullah Ibn al-Zubir maksudnya,: ’ Adalah Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan dengan jarinya apabila berdoa dan Baginda tidak mengerak-gerakkannya”
Subscribe to:
Posts (Atom)