Wednesday, July 18, 2012

Berpuasalah seperti Rasulullah saw.


Ramadhan datang lagi, insyaallah. ingin bertanya diri sudahkah kita bersedia menyambut kedatangannya, bila ramadhan pasti kita ingat akan puasa, bila kali terakhir kita menyelak buku atau kitab2 tentang puasa...jadi rajin2lah mungulangkaji.,

Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

Apa ada dalam Ramadhan?

1. Bulan turunnya Al-Qur'an

2. Dibelenggunya syaitan dan ditutupkan padanya pintu-pintu neraka dan di bukanya pintu-pintu surga

3. Malam Lailatul Qadar

4. Diwajibkan Untuk Berpuasa

Nabi berpuasa dengan menjaga lima perkara:-

1. Dengan menunaikan juga perkara wajib yang lain.

i. Perkara wajib dalam diri
sembahyang, menuntut ilmu, zakat,

ii. Perkara wajib dalam keluarga

iii. Perkara wajib pada masyarakat

2. Menjaga diri dari yang haram
menjaga perkara yang diharamkan seperti berdusta, mengumpat, sumpah palsu, memandang dengan syahwat. Jika seorang isteri menjadi derhaka, jika seorang anak menjadi anak yang derhaka, jika suami menjadi suami tidak menunaikan tanggungjawab.
Kepentingan menjaga perkara haram ini hingga Nabi pernah berkata bahawa, ramai orang yang berpuasa tidak ada apa bagi puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.

3. Membanyakkan amalan yang sunat
Banyak benda sunat yang disuruh kita buat seperti bersahur memperbanyakkan sembahyang sunat memperbanyakkan membaca quran, menghadiri majlis Ilmu, bersegera berbuka ketika telah masuk waktu, solat tarawikh, solat malam dan lain-lain lagi.

4. Menghindarkan yang makruh
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zohor dan sebagainya

5. Memikirkan kebesaran Allah
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakkur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya.

No comments: