Monday, July 2, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN 10): MEMBACA TASYAHUD PADA DUDUK RAKAAT AKHIR

MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.


RUKUN 10: MEMBACA TASYAHUD PADA DUDUK RAKAAT AKHIR

Terdapat pelbagai riwayat tentang lafaz tasyahud ini dan lafaz yg paling sempurna di sisi Imam Syafi’i r.a. adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Mas’ud r.a. : “Katanya  Rasulullah SAW mengajar kami membaca tasyahud sebagaimana Baginda mengajar kami membaca al-quran. Baginda membacanya:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله.

SYARAT2  TASYAHUD:
1.  Bacaan didengari sendiri, hendaklah bacaannya itu dapat didengarinya
     sendiri, jika pendengarannya normal.
2.  Bacaan Berturut2,  membaca secara berturut2 dan bersambung2, sekiranya
     selepas satu ayatterdapat diam yang lama atau zikir yang panjang, batal
     bacaan tasyahud tersebut dan wajib dia ulang semula bacaannya.
3.  Dalam keadaan duduk, membaca dalam keadaan duduk, kecuali keuzuran.
4.  Bacaan dalam bahasa arab, membaca dalam bahasa arab.
5.  Jaga Makhraj dan Syaddah, menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan
     segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya tersalah
     menyebutnya dan berubah maknanya batal bacaan tersebut dan wajib dia
     ulang semula bacaannya.
6.  Ikut susunan ayat. Membacanya mengikut susunan ayat yg telah diajarkan
     oleh Rasulullah SAW.


KEDUDUKAN  TANGAN DAN JARI KETIKA TASYAHUD



MELETAKKAN TANGAN DIATAS PAHA. adalah sunat hai’at
Menurut ulama’ Syafi’i berasaskan amalan sunnah, kedua2 tangan hendaklah diletakkan diatas kedua2 belah paha semasa duduk untuk tahiyat awal dan tahiyat akhir. Tangan sebelah kiri diletakkan secara terhampar, serta dirapatkan jari2nya. sekira2 hujung jari2nya menyamai lutut. Semua hujung jari perlu mengarah ke qiblat. Tangan kanan pula hendaklah diletakkan diatas paha sebelah kanan, jari hantu, jari manis dan jari kelingking digengam. Dan ibu jari hendaklah disatukan dengan jari telunjuk seperti bentuk isyarat 53, iaitu dengan cara meletakkan ibu jari tersebut dibawah jari telunjuk ditepi tapak tangan.

Ketika menyebut illallah ( إِلاَّ الله ) pada syahadah , jari telunjuk hendaklah dipacakkan.

Dalil hadis Ibn Umar, maksudnya: ” Bahawa nabi Muhammad SAW  meletakkan tangan kanan Baginda diatas paha kanannya sambil membuat isyarat bentuk 53. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk.”

Hadith riwayat Abdullah Ibn al-Zubir maksudnya,: ’ Adalah Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan dengan jarinya apabila berdoa dan Baginda tidak mengerak-gerakkannya”












No comments: