RUKUN 11: SELAWAT KEATAS NABI SAW SELEPAS TASYAHUD AKHIR
Selawat ini diucapkan selepas sempurna bacaan tasyahud akhir dan sebelum memberi salam. Ulama sepakat menyatakan bahawa selawat hanya wajib dalam solat dan tidak sebaliknya.
Menurut riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud dengan sanad yang sahih bahawa Rasulullah SAW maksudnya: “ Apabila seorang kamu bersolat, mulakanlah dengan memuji Allah kemudian berselawat keatas Nabi SAW dan berdoalah apa sahaja yang dikehendakinya,”
( sekurang2 lafaz selawat ,)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
( Lafaz yang sempurna ,)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
( Selawat Ibrahimiyyah adalah sunat hai’at )
Lafaz riwayat diatas sabit dalam hadis2 sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain2nya. Tetapi sesetengah riwayat mempunyai beberapa pengurangan dan penambahan.
SYARAT2 SELAWAT:
1. Bacaan didengari sendiri, hendaklah bacaannya itu dapat didengarinya
sendiri, jika pendengarannya normal.
2. Guna lafaz tertentu,
Hendaklah menggunakan lafaz Muhammad atau rasul atau nabi. Tidak
memadai atau tidak sah selawat jika hanya menyebut Ahmad.
3. Bacaan dalam bahasa arab, membaca dalam bahasa arab.
4. Bacaan ikut tertib, Ia hendaklah dibaca mengikut tertib susunannya dan
dibaca selepas bacaan tasyahud. Tidak sah jika berselawat dahulu sebelum
tasyahud.
Ketika menyebut illallah ( إِلاَّ الله ) pada syahadah , jari telunjuk hendaklah dipacakkan.
Surah al-Ahzaab ayat 56: terjemahannya”
“ Sesunguhnya allah dan malaikatnya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad saw): wahai orang2 yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya “.”
No comments:
Post a Comment