Thursday, July 5, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN 12 & 13) SALAM YANG PERTAMA dan TERTIB


RUKUN 12: SALAM YANG PERTAMA

Salam adalah rukun terakhir sebagai tanda menutup solat.

Sabda Rasulullah riwayat Abu Daud bermaksud: “ Kunci solat adalah bersuci. Pemulaannya ialah takbir dan penyudahnya ialah salam “

Sekurang2 salam ialah dengan berkata “Assalamualaikum” dan yang paling sempurna ialah dengan menyebut  “Assalamualaikum warahmatullah “

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

Salam pertama diucapkan sambil berpaling ke kanan dan salam kedua sambil berpaling kekiri. Bagaimanapun, hanya salam yang pertama sahaja yang wajib, sedangkan salam yang kedua dan perbuatan berpaling kekiri dan kekanan adalah sunat.
Sabda Rasulullah riwayat Muslim bermaksud:” Saya melihat Rasulullah SAW memberi salam kekanan dan kekiri sehingga saya nampak pipinya yang penuh.”



Salam pertama diucapkan sambil berpaling ke kanan

RUKUN 13: TERTIB

Wajib bersolat mengikut urutan rukun yang telah ditetapkan.

Jika sesetengah rukun ini didahulukan dan yang lain pula dikemudiankan, batal jika dilakukan dengan sengaja. Jika ia berlaku kerana terlupa, hendaklah dia mengulangi semula rukun2 yang tertinggal. Contohnya , jika seorang itu bersujud selepas membaca al-Fatihah, dan tidak rukuk dan iktidal, hendaklah dia bangun semula untuk rukuk dan iktidal kemudian barulah sujud dan melakukan rukun2 yang lain. Sekiranya dia hanya teringat kesalahannya selepas memberi salam, wajib dia mengulangi solat tersebut.


Maka dengan ini lengkaplah rukun solat yang berjumlah 13 itu, adalah diingatkan jika tertinggal salah satu maka batallah solat itu.

 

No comments: