MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA
Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.
RUKUN 9: DUDUK KETIKA MEMBACA TAHIYAT AKHIR
Duduk pada rakaat terakhir solat ketika membaca tasyahud akhir dan salam.
Duduk yang sempurna dalam keadaan ini adalah dengan meletakkan papan punggung kiri diatas lantai dan mendirikan tapak kaki kanan diatas jejarinya.
DUDUK TAWARRUK: adalah sunat hai’at
Adalah keadaan duduk ketika membaca tasyahud akhir, caranya ialah dengan menyengetkan punggung kirinya ke kiri hingga dia duduk diatas lantai, serta mendirikan kaki kanannya, dan memasukkan kaki kiri dibawah kaki kanan.
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Humaid al-Sa’idi r.a. Maksudnya: “ Saya adalah orang yang paling memerhati solat Rasulullah SAW…(sehingga katanya) apabila Baginda duduk pada dua rakaat (yang pertama), dia duduk diatas kakinya yang kiri dan mendirikan kaki kanan (Iftirash). Apabila Baginda duduk pada rakaat akhir, dia menghulurkan kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya, sambil mendudukkan papan punggungnya (diatas lantai) (tawarruk)
Ini adalah cara duduk pada tasyahud akhir yang sempurna, tetapi sekiranya dilakukan duduk cara lain, solat tetap sah kerana yang menjadi rukun adalah duduk.
adalah cara duduk pada tasyahud akhir yang sempurna
MELETAKKAN TANGGAN DIATAS PAHA.
Menurut ulama’ Syafi’i berasaskan amalan sunnah, kedua2 tangan hendaklah diletakkan diatas kedua2 belah paha semasa duduk untuk tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Perbuatan menghamparkan kedua2 kaki dan duduk diatas kedua2 tumit adalah MAKRUH.
Rasulullah SAW bersabda ” Apabila engkau mengangkat kepalamu daripada sujud, maka janganlah engkau duduk diatas kedua2 tumit seperti yang dilakukan oleh anjing.” riwayat Anas.
No comments:
Post a Comment