Kita ambil mudah bab mengajar anak2 solat, adakah kita pasti dengan menghantar anak kesekolah agama selesai tanggung jawab kita, bagaimana pula dengan isteri kita adakah kita telah mengajar akan solat padanya, pernahkah kita maklumkan kepada mereka bahawa rukun solat itu ada 13 perkara, pernahkah kita maklumkan jika tertinggal satu rukun maka rosaklah solat kita dan perkara2 sunat yang perlu dilakukan dalam solat antaranya sunat ab'ad dan sunat hai'at. Contohnya jika berdiri tegak adakah kita pasti bahawa jari2 kaki kita menunjuk kearah kiblat, adakah kita mencuri dalam solat dengan meninggalkan 'iktidal' dan adakah kita mengangkat takbir dengan betul, insyaallah kita bincangkan kemudian.
Buat isteriku dan anak2 ku insyaallah dalam tulisan2 akan datang akan diterangkan sebagaimana 'solatnya rasulallah' solat yang sepatutnya menjadi ikutan kita, yang saya pernah dipelajari dan rujuk beberapa buku, moga 'insyaallah' dengan cara ini kita semua mendapat faedahnya, disamping anak2 saudara juga dapat menumpang akan kebaikannya juga bagi melepaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, moga nanti tidak didakwa lagi diakhirat.
No comments:
Post a Comment