Tuesday, June 26, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 7). SUJUD DUA KALI DALAM SETIAP RAKAAT


MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.

Selepas Iktidal bertakbir turun untuk melakukan sujud.

RUKUN 7: SUJUD DUA KALI DALAM SETIAP RAKAAT

Sujud adalah perbuatan orang yang bersolat meletakkan atau menyentuh dahinya atau sebahagian daripada dahinya yang tidak berlapik ke tempat sujud.

Rasulullah SAW juga bersabda, maksudnya: ” Kemudian sujudlah kamu sehingga kamu tenang (tamakninah) dalam keadaan sujud. Kemudian angkat (kepala kamu) hingga kamu tenang (tamakninah) dalam keadaan duduk kemudian lakukanlah sedemikian dalam setiap solat kamu ” (riwayat al-Nasa’i)

Sujud yang sempurna:

1.  Sujud yang sempurna ialah dengan mengucapkan takbir sebelum turun dari iktidal untuk
     sujud.
2.  Kedua2 belah lutut diletakkan terlebih dahulu kemudian kedua2 tangan, dan diikuti dengan
     dahi dan hidung.
3.  Tangan diletakkan diatas lantai pada kedudukan bersetentang dengan bahu, dalam keadaan
     jari2nya dirapatkan dan diarahkan ke kiblat.
4.  Kedua2 paha hendaklah dijauhkan daripada perut dan kedua2 siku diangkat dari lantai dan
     direnggangkan daripada pinggang. (berbeza dengan perempuan siku dirapatkan kerusuk)
5. Kemudian baca subhana rabbiayal a’la, sebanyak 3 kali. Bertasbih ketika Sujud adalah sunat hai’at


سُبْحَانَ رَبِّيَاْ لأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Bagaimanapun, sifat sujud ini hanya untuk lelaki, sedangkan sifat sujud perempuan sedikit berbeza. Rasulullah SAW telah lalu berdekatan dua orang perempuan yang sedang bersolat, lalu Baginda bersabda kepada mereka (selepas solat): bermaksud: ” Apabila kedua2 kamu sujud, hendaklah dirapatkan sesetengah anggota ke lantai, perempuan dalam keadaan ini tidak sama dengan lelaki” (riwayat Abu Daud )

Riwayat Ahmad daripada Abu Qatadah r.a. yang diambilkan daripada bapanya,
bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Seburuk-buruk manusia ialah pencuri yang
mencuri dalam solatnya.” Mereka bertanya: ”Wahai Rasulullah, bagaimana mencuri dalam
solat itu ?,” Baginda menjawab:” dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

SYARAT2 SUJUD:

1.  Tujuh anggota sujud, sujud hendaklah melibatkantujuh anggota sebagaimana yang disebut
     oleh Rasulullah SAW: Bermaksud: ” Apabila seorang hamba itu sujud, sujud juga bersamanya
     anggota yang tujuh, iaitu mukanya, dua tangannya, dua lututnya dan dua kakinya,” (riwayat al-
     Nasa’i melalui Abbas bin Abdul muttalib)
2.  Punggung diangkat, hendaklah terangkat bahagian punggung melebihi kepala, sekadar
     yang temampu.
3.  Tidak berlapik, tidak sujud diatas kain atau pakaian yang bersambung dengan orang yang
     Bersolat, sedangkan kain itu bergerak mengikut pergerakannya. Seperti serban atau jubah
     yang panjang.
4.  Semata-mata kerana allah swt., hendaklah bersujud semata2 kerana Allah SWT dan untuk
     melakukan rukun solat. Jika sujud kerana ditolak dari belakang, tidak sah sujudnya dan wajib
    dia mengulanginya.
5.  Dalam keadaan tenang, berada dalam keadaan tenang (tamakninah) ketika sujud sekadar
    dapat mengucapkan sekali tasbih.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: ” Bersederhanalah kamu dalam melakukan sujud, dan janganlah sesaorang kamu melunjurkan kedua2 belah tangannya seperti anjing ” (riwayat Anas)

NOTA TAMBAHAN KETIKA SUJUD:

    Bagi saorang lelaki hendaklah menjauhkan perutnya dari kedua2 pahanya sementara kedua sikunya hendaklah dijauhkan dari kedua2 rusuknya. Kedua2 lengannya pula hendaklah dijauhkan dari lantai atau bumi. Ini semua jika keadaan tidak sesak. Dia juga hendaklah merenggangkan diantara kedua2 lutut dan juga kedua2 kakinya.

     Bagi wanita pula hendaklah merapatkan perutnya kepada kedua2 pahanya dalam semua keadaan,Tindakkan sedemikian dikira lebih memberikan perlindungan kepadanya.



1. Pastikan serban atau kain telekung tidak menghalang tempat sujud
2. Dahi menyentuh lantai tanpa lapik
3. Bagi lelaki bukakan sedikit siku sehingga menampakkan ketiak
4. Lutut tidak terangkat
5. Perut jari jari kaki diletak diatas lantai 




 6. Telapak tangan terletak rata diatas lantai
7. Punggung diangkat melebihi kepala
8. Bagi perempuan, siku dirapatkan ke rusuk




No comments: