Wednesday, June 13, 2012

SIFAT SOLAT RASULALLAH BAB 1

BUKU YANG DIRUJUK 

Buat isteri dan anak2 ku, bagi memenuhi tuntutan sebagai ketua keluarga yang wajib mengajar ahli keluarganya, disini buat permulaan biarlah perkara yang utama didahulukan iaitu ’SOLAT’,sepatutnya saya sebagai suami dan juga seorang bapa mengajar anak2 ku sebelum baligh lagi ( tapi bila dah besar2 ni tentu dah lebih arif), disebabkan kejahilan dan kelemahan diri maka perkara ini diabaikan, tidak dinafikan dulu2 memang selalu menyuruh anak2 solat tetapi tak pernah mengajar atau tunjukkan cara2 melakukan solat apatah lagi solat yang betul sepeti sifat solat rasulallah. Apatah lagi pada seorang isteri, kita ambil mudah dan ambil senang ’tak pahlah dia dah tahu sembahyang’ tapi sebagai ketua keluarga wajib atas kita mengajarnya, kalau tidak nahaslah kita diakhirat nanti.

Isteri dan anak2 ku, sebelum kita boleh mengerjakan solat, adalah perlu kita berwuduk dan sebelum berwuduk biarlah diterangkan jenis2 air yang boleh digunakan dan juga bahan yang boleh digunakan untuk tayammum, satu lagi kaedah menggantikan berwuduk jika tidak ada air atau ketika berada dalam uzur@ pesakit. 4 jenis air ...1.Air Mutlak 2. Air Mustakmal 3. Air Mutanajis dan 4. Air Musyammas. Air Mutlak...air yang bersih sifatnya dan boleh digunakan untuk kegunaan biasa,membersihkan yang lain dan sah digunakan untuk mengangkat hadas.

Firman allah dalam surah Al Maaida ayat ke 6, yang bermaksud.
”Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Berpandu pada ayat diatas, seperti yang ditulis dalam kitab2 ada ’6 Rukun Wuduk’
1. NIAT  tidak sah satu ibadat itu melainkan dengan niat. ( AKU MENGANGKAT HADAS KECIL ( WUDUK) SEMATA-MATA KERANA ALLAH TAALA )
2. MEMBASUH SELURUH MUKA.  Kawasan muka Ia itu bermula dari tempat tumbuhnya rambut (atas) hingga bahagian bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri, semua yang ada di muka perlu ’dibasuh’ termasuk bulu kening,misai dan janggut. (Maksud dibasuh disini bukan sekadar menyapu muka saja biarlah kita menggosok2 muka biar rata2 tanpa mengangkat2 tangan.)
3. MEMBASUH KEDUA2 TANGAN DARI HUJUNG JARI HINGGA KE SIKU. Begitu juga dengan perkataan membasuh disini, biarlah kita menggosok2 kedua2 tangan kita, wajib meratakan air keseluruh kulit dan dibawah bulu,dicelah2 jari,dan kuku2. (yang pakai cincin afdalnya buka dulu)
4. MENYAPU SEBAHAGIAN KEPALA , disini dinyatakan menyapu bukan membasuh, menyapu bermaksud melalukan tangan yang dibasahi air diatas kepala iaini tempat tumbuh rambut diatas dahi hingga kebahagian belakang tengkuk.
5.MEMBASUH KEDUA2 KAKI disini sekali lagi perkataan membasuh jadi gosoklah dengan hati2 tanpa mengangkat tangan sehingga ke buku lali dengan memastikan air sampai dicelah2 jari dan kuku.
6.TERTIB iaini membersihkan anggota2 wuduk satu demi satu mengikut turutan berdasarkan nas al quran. Maka inilah Rukun yang wajib dilakukan ketika berwuduk jika tertinggal salah satu terbatallah akan wuduk itu.

Tetapi adalah lebih afdal jika kita melakukan perkara2 yang sunat semasa berwuduk. adalah lebih sempurna jika kita berwuduk dengan menambahkan sunat2nya........ Isteri dan anak2 ku gunalah KAEDAH BERWUDUK YANG SEMPURNA.
1.Sunat membaca Basmalah. Sunat Membasuh kedua2 belah tangan hingga pergelengan  sebanyak 3 kali.
2.Sunat berkumur kumur untuk membuang kotoran sisa makanan.
3. Sunat Istinsyaq, yaini memasukan air kedalam hidung dengan tangan kanan dan keluarkan semula dengan tangan kiri
4. Rukun Membasuh Muka ( Berserta Niat samasa membasuh muka Rukun)
5. Rukun Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku, Sunat menyelat dicelah2 jari2 tangan.
6. Rukun menyapu sebahagian kepala  
7. Sunat Menyapu air pada kedua2 telinga (memasukan jari telunjuk kedalam telinga dan mengusapkan ibu jari kebahagian luar telinga)
8. Rukun membasuh dua kaki hingga ke buku lali. Sunat menyelat dicelah2 jari2 kaki.
9. Rukun Tertib.
10. Bacalah doa selepas wuduk.

MEMOHON KEIZINAN: GAMBAR2 KAEDAH WUDUK YANG SEMPURNA

NOTA: Terima kasih buat isteri dan anak2 ku kerana like, sesunguhnya jika ada kesilapan ianya kelemahan diri ini, juga nota ini disamping untuk mengjar isteri dan anak2 moga ianya juga memberi kebaikan kepada yang sudi membacanya.

No comments: