Thursday, June 28, 2012

SIFAT SOLAT RASULULLAH (RUKUN) 8). DUDUK DIANTARA DUA SUJUD

MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

Isteri dan anak2ku bersyukurlah yang kita dilahirkan sebagai islam, marilah kita sama2 beramal mengikut apa yang kita pelajari, bukannya beramal hanya mengikut2 orang.

RUKUN 8: DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

Ketika bersujud,kemudian mengangkat kepalanya seraya bertakbir, dan hendaklah dengan merebahkan kaki kiri serta menegakkan kaki sebelah kanan serta mengarahkan jari2nya ke qiblat. Kedua2 tangan pula hendaklah diletakkan diatas kedua2 paha dengan keadaan terbuka, dimana semua hujung jari hendaklah sama kedudukannya dengan lutut. Didalam duduk ini membaca:


رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

IFTIRASY( Iftirash)
Iftirasy adalah keadaan duduk diatas buku lali kiri dan mendirikan kaki kanan di atas hujung jari jarinya.

DUDUK 'IFTIRASH' IAITU DUDUK DIATAS KAKI KIRI DAN MENDIRIKAN KAKI KANAN DIATAS HUJUNG JARI2NYA.


Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Humaid al-Sa’idi r.a. Maksudnya: “ Saya adalah orang yang paling memerhati solat Rasulullah SAW…(sehingga katanya) apabila Baginda duduk pada dua rakaat (yang pertama), dia duduk diatas kakinya yang  kiri dan mendirikan kaki kanan  (Iftirash). Apabila Baginda duduk pada rakaat akhir, dia menghulurkan kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya, sambil mendudukkan papan punggungnya (diatas lantai) (tawarruk)

Hadis riwayat Abu Humaid bermaksud: “ Kemudian Baginda membengkokkan kaki kirinya lalu duduk diatasnya. Kemudian Baginda duduk tegak (i’ktidal) sehingga seluruh tulang Baginda kembali ke kedudukannya, kemudian Baginda tunduk pula untuk sujud.”

Syarat syarat duduk:

1.  Hendaklah berniat melakukan ibadat ketika duduk dan bukan kerana sebab2 lain.
2.  Tidak duduk dalam tempoh yang lebih lama daripada duduk ketika membaca tasyahud.
3.  Tamakninah sekurang2nya sekadar mengucapkan sekali tasbih.

MAKRUH
Perbuatan menghamparkan kedua2 kaki dan duduk diatas kedua2 tumit adalah MAKRUH.
Rasulullah SAW bersabda ” Apabila engkau mengangkat kepalamu daripada sujud, maka janganlah engkau duduk diatas kedua2 tumit seperti yang dilakukan oleh anjing.” riwayat Anas.

MELETAKKAN TANGGAN DIATAS PAHA.
Menurut ulama’ Syafi’i berasaskan amalan sunnah, kedua2 tangan hendaklah diletakkan diatas kedua2 belah paha semasa duduk untuk tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Duduk Istirahah:
Duduk Istirahah ialah duduk seketika selepas selesai sujud kedua.Ia adalah disunatkan dalam setiap rakaat dimana seseorang itu akan bangkit terus darinya selepas sujud.
Sabda Rasulullah SAW yang riwayatkan oleh Malik bin al-Huwairith.bermaksud: ” Bahawa beliau telah melihat Nabi Muhammad SAW sembahyang, apabila Baginda dalam rakaat sembahyang yang ganjil (witir) maka Baginda tidak bangkit berdiri kecuali setelah duduk tegak dahulu.”

Kemudian, jika mengangkat badannya dari sujud kedua dan hendak kembali ke rakaat kedua, kembali membaca takbir. Kemudian berdiri atau bangkit dengan kedua tangannya bertopang pada lantai.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ” Rasulullah SAW bangkit dari sujud (berdiri rakaat kedua) di dalam solat dengan bertahan pada kedua tangannya ” Riwayat oleh Syeikh Al-Albani

No comments: