Friday, June 15, 2012

SIFAT SOLAT RASULALLAH BAB 2

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SEBAGAI KETUA KELUARGA

Buat isteri dan anak2 ku, cara2 berwuduk telah diterangkan sebelum ini, moga ianya menjadi panduan, jika sebelum ini ada terkurang yang dilakukan silalah tambah seperti yang dinyatakan, ingatlah ikutlah nasihat sebagai ketua keluarga selagi ianya membawa kebaikan, jika ianya berkurangan carilah dan menuntutlah bagi menambah ilmu.

Adalah diingatkan bila berwuduk biarlah sempurna, jika inipun kita lalai bagaimana solat nak kusyuk, ingatlah yang mana rukun, yang mana sunat , kita lihat sekarang terutama anak2 muda, bila basuh muka main lebihkurang saja pada hal itu rukun , tidak betul2 meratakan air diseluruh muka, biarlah kawasan muka tu lebih sikit dan tangantu janganlah diangkat2 dari muka kita, bila basuh tangan pula dia main letak bawah paip air saja pada hal itu rukun, biarlah gosok2 sikit, biarlah melepasi siku dan basuhlah juga dicelah2 cari masukkan jari kiri dicelah2 jari kanan, begitu juga bila membasuh kaki, banyak orang main hulur kaki bawah paip saja, tunduklah sikit bagi mengosok di celah2 jari, biar hingga atas buku lali, ni kan perkara rukun kalau cacat sikit rosaklah wuduk kita, nanti apa jadi pada solat kita, sia2 saja itulah yang ditakuti diakhirat nanti tak ada amalan solat yang diambil kira, moga isteri dan anak2 ku wuduknya sempurna, insyaalla

Kini diterangkan cara satu lagi cara berwuduk iaitu ‘BERTAYAMMUM’
Sebab2 tayamum diharuskan…ketiadaan air atau sukar mendapatkannya atau air yang ada diperlukan untuk kegunaan segera atau kemudiannya atau bimbang mendapat kerugian dengan membeli air yang ada atau bimbang habis waktu solat ketika mencari dan mendapatkan air…. Tidak boleh menggunakan air kerana sakit, dihalang atau ada halangan.

Bertayammum itu adalah dua tepukan. Tepukan pertama untuk menyapu muka dan tepukan kedua untuk sapu tangan hingga ke siku. Bertayammum menggunakan debu tanah yang bersih yang belum digunakan.

RUKUN TAYAMMUM
1. Berniat ketika menyapu muka, berniat untuk mengharuskan solat atau seumpama dengannya.
2. Menyapu seluruh wajah dengan debu, memadai menyapu zahir muka tanpa perlu memastikan sampai debu keseluruhan muka.
3. Menyapu tangan hingga ke siku dengan debu.
4. Tertib

TATACARA BERTAYAMMUM.

1. Carikan/ taburkan serbuk tanah diatas satu permukaan ( serbuk tanah ini ada dijual di kedai2 yang menjual kelengkapan memandikan mayat)
2.  Lekapkan kedua2 belah tapak tangan keatas debu tersebut.
3.  Ketukkan sikit kedua2 belah tangan untuk membuang lebihan serbuk.
4  Sapukan muka dengan serbuk tersebut dari atas membawa ke bawah.
5. Selesai 1 bab tekap semula kedua2 belah tapak tangan keatas debu semula tapi pada bahagian yang belum digunakan.
6. Sapukan telapak tangan kiri dibawah tangan kanan, mulai dengan hujung jari hingga kesiku kanan. Menyambung terus dibahagian depan siku pula dan membawa/manamat sapuan di belakang ibu jari kanan.
7.  Ulang semula untuk sapuan ditangan kiri dengan menggunakan tapak tangan kanan yang belum diusik.

Itu adalah asas bagi mengerjakan tayammum. Sekurang2nya kita tahu apa itu tayammum, belajar2lah buat prektikal sendiri agar bila kita perlukan kita tidak kekok dan ingat cara2 melakukanya,nanti kita bincang secara lebih mendalam.

MEMOHON KEIZINAN: GAMBAR2 KAEDAH TAYAMMUM YANG SEMPURNA

No comments: